CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Wednesday, April 29, 2009

Destiny... 3

“Aku dapat kesan protégé yang ke2, dengan unsur api. Tapi ada satu kuasa yang begitu kuat di sekitarnya. Dapat mengawal unsur angin dan air sekali gus. Aku rasa protégé yang kita cari takkan dapat mengawal 2 unsur sekali gus.” Ray Mikail memaklumkan kepada Destiny Aninda. Destiny Aninda berkerut dahi.

“Maksud kau protégé yang kedua boleh mengawal 2 unsur?” Destiny membuka cermin matanya.

“Bukan protégé yang ke2, tapi somebody yang menggunakan 2 unsur untuk menolong protégé ke2 ni.” Ray Mikail menerangkan sambil matanya masih menghadap computer yang canggih itu.

“Jadi kita dah jumpa 3 protégé lah” Destiny Aninda masih tidak dapat memahami maksud Ray Mikail. Ray Mikail menggeleng.

“Dia bukan protégé.. itu aku pasti..” Ray Mikail memandang wajah Destiny Aninda.

“Aninda.., kita mesti cepat cari kesemua protégé dan melatih mereka untuk formasi tujuh orang. Aku rasa orang tu mungkin ada kaitan dengan Lye.” Ray Mikail berkata perlahan. Destiny Aninda mengangguk.

“So kali ni biar aku je yang buat lawatan sosial kat SMK Persona.. and siapa nama budak tu?” Ray Mikail memandang Destiny Aninda. Destiny Aninda berfikir seketika seperti mencari maklumat.

“Nama dia Kir Nadzi..” Ray Mikail mengangguk.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kir Nadzi.., boleh kita bercakap sebentar..” Kir Nadzi terperanjat apabila ditegur sebegitu oleh seorang stranger. Syakylla yang sedang duduk di kerusi taman permainan itu direnungnya.

“Siapa awak?” Kir Nadzi terus mengajukan soalan.

“Well,. Ni kad nama saya.” Ray Mikail menyerahkan kad namanya. “You see.., apa yang saya akan cakap ni mungkin tak masuk di akal. Tapi, melihat awak menyalakan api tanpa menggunakan pemetik api lagi tak masuk akal.” Wajah tenang Kir Nadzi berubah.

“Apa awak cakap ni? Mana awak tahu semua ni?” Kir Nadzi berkata perlahan.

“Beginilah Kir.., saya tak perlu nak bermadah lagi. Saya nak awak datang ke alamat ni dan saya akan jelaskan semuanya.” Ray Mikail menunjuk alamat pada kad yang masih dipegang oleh Kir Nadzi. Kir Nadzi berkerut dahi.

“Ada ke alamat ni?? Bukan bukit terbiar ke tu?” Kir Nadzi memandang muka Ray Mikail tanda tidak pasti.

“Awak indigo.., pasti awak jumpa alamat ni.. “ Ray Mikail menjawab pendek.

“Macam mana saya boleh percaya awak. Zaman sekarang ni orang suka menggunakan IQ budak indigo untuk menjadi kaya.” Kir Nadzi meluahkan keraguannya.

“Sebab saya pun Indigo seperti awak.. jumpa kat Destiny castel nanti.. saya amat memerlukan bantuan awak.” Kemudian Ray Mikail berlalu pergi. Kir Nadzi merenung kad yang di beri oleh Ray Mikail sebentar tadi. Kemudian dia masukkan dalam poketnya. Dan berjalan ke arah Syakylla.

0 comments:

DestiNY FrienD!!