CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Thursday, December 24, 2009

Destiny....17

“Amanda, tengok tu.. Cantikkan bulan yang mewarnai bumi malam ini..” Kata The Clone kepada anaknya.

“Cantik… tapi bulat..” Mulut si kecil berkata2 sambil merenung bulan terang itu. The Clone tersenyum.

“Memanglah bulat tu bulat…” Jawab The clone sambil mendukung anaknya dan meletakkan Destiny Amanda di buaian taman.
“Tak.. Bulan tu pandai bertukar2 bentuk.. “ Nafi si kecil pula. Sekali lagi the clone tersenyum. Berbanding Destiny Aninda, Destiny Amanda lebih cenderung mengikut jejaknya. Malah dia pernah melihat Destiny Amanda berjaya meniru beberapa teknik yang dipelajari oleh Protégé Destiny Aninda di usia baru mencecah 4 tahun.

“Tak sayang.. bulan tu berbentuk bulat.. tapi setiap beberapa hari bulan kita cuma dapat melihat sedikit2 demi sedikit bentuk bulan itu sehingga menjadi bulan penuh..Bulan yang sekarang kita tengok ini bulan penuh..” Terkedip2 mata si kecil mendengar penjelasan ayahnya.

“bulan penuh?” Tanya Destiny Amanda lagi. The Clone mengangguk. “Yang itu apa papa?” Destiny Amanda menunjuk ke arah buku yang ada di dalam pegangan the clone. Buku itu kelihatan sungguh klasik dengan ukiran nama the clone di muka depannya.

“Ini nyawa papa.. Buku ini menyimpan seribu satu teknik mempertahankan diri dan seribu satu juga kelemahan The Clone.. Buku ini berguna bagi pihak musuh untuk menjatuhkan kita..”The Clone menunjukkan isi kandungan buku itu kepada anaknya. Destiny Amanda turut melihat walaupun tidak faham mengenai penjelasan ayahnya.

“Jadi buku ni jahatlah kan papa?” Destiny merumuskan penjelasan ayahnya. “Kita bakarlah buku ni..” Si kecil memberi cadangan.

“Kalau kita menggunakan buku ini dengan baik.. insya_allah, ia akan menjadi pembantu kita.. tapi bila kita guna untuk kejahatan.. maka jahatlah dia.. Papa tidak mahu membakar buku ini sebab nak Amanda mewarisi buku ni..”

“Kalau orang jumpa buku ni..” Kata anak itu seakan sudah memahami penjelasan ayahnya dan dia mulai khuatir akan keselamatan buku itu.

“Suatu masa nanti, andai keadaan semakin genting, musnahkan buku ini..” Kata The Clone tegas. “Faham Amanda?”Tanya The Clone. Si kecil mengangguk walaupun masih terlalu muda untuk memegang tanggungjawab yang cukup besar itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Destiny Amanda duduk bersendirian di buaian di dalam kawasan Destiny Castel. Dia tidak bimbang akan kehadirannya di kesan oleh penghuni castel itu. Kerana protege2 sibuk berlatih mempertingkatkan kehandalan diri. Destiny Amanda masih berfikir panjang.. Untuk memusnahkan buku itu, semestinya menjadi satu kerugian buat pewarisnya nanti, tapi jika di biarkan kewujudan buku itu, bolehkah dia bertahan untuk mempertahankan buku itu daripada terjatuh di tangan yang salah?.. Sejam…. Dua jam… Dan tiga jam berlalu…. Akhirnya dia telah mencapai keputusan.. Kakinya segera dikerahkan melangkah ke tempat persembunyian buku itu.


Ray Mikhail yang baru keluar dari bilik pejabatnya terlihat kelibat seseorang cuba memasuki taman terlarang Destiny Amanda.. Rasa sangsi bula menyelubungi hatinmya.. Dia cuba mengekori langkah kelibat itu dengan perlahan tanpa di sedari oleh sesiapa.

Destiny Amanda cuba mengingati tempat tertanamnya buku The Clone yang telah di tanam beberapa tahun yang lalu. Mulutnya terkumat kamit mengira jumlah pohon yang menjadi formula tempat tertanamnya buku penting itu. Sampai di tempat itu Desti Amanda meletakkan tangannya di permukaan tanah dan tersembul keluar buku yang berabad lama itu..

“Siapa Kau?! Kawan atau lawan?! Tanya Ray Mikhail dengan tegas apabila melihat kelakuan gadis itu. Sudah tentu rasa ingin tahu bergolak di hatinya apabila melihat buku dalam pegangan gadis itu.. Mungkin di benaknya gadis itu suku-sakat Lye.

“Kawan pun tidak.. lawan pun tidak..” Jawab Destiny Amnda tenang tanpa sebarang perasaan.

“Jangan berdolak dalih.. Apa yang kau mahu di sini?!” Tanya Ray Mikhail sambil matanya mencari sumber air untuk membolehkannya memanipulasikan sumber itu untuk mengalahkan lawannya.

“Semestinya tiada kaitannya dengan kamu..” Masih lagi tidak mempamerkan apa2 reaksi di wajahnya.

“Destiny Castel di bawah jagaan aku.. semestinyalah itu urusan aku..”Destiny Amanda tidak mengendahkan Ray Mikhail sebaliknya meneruskan perjalanan untuk keluar dari taman larangan itu.Sesuatu harus di musnahkan segera.. Dan Ray Mikail bukan penghalangnya.

“Apa yang kau mahu di sini? Oo.! Mesti coretan Destiny Aninda.. Kau khuatir kelemahan kau di ketahui kan? Jadi kau mahu memusnahkan diari itu..” Teka Ray Mikail.. Timbul senyuman di wajah Destiny Amanda kemudian sedikit demi sedikit berubah kepada gelak kecil..

“Ada apa pada Diary Destiny Aliya? Tanya Destiny Amanda dengan senyuman sinis.

“Frasa terakhir itu berbunyi begini.. Cintakan jadi penunduknya.. Itu hanya coretan hati Destiny Aliya.. Dan,, Di taman terlarang ini tidak mempunyai sumber air.. Pohon dan bunga2 di sini berkembang mekar tanpa sumber air.. kalau ada pun hanyalah sedikit dan hanya cukup untuk tanaman di sini.. Tidak cukup untuk bertarung dengan ku..” Destiny Amanda meneruskan langkahnya.. Tetapi sempat juga Ray Mikail menarik bahu Destiny Amanda sehingga terselak sedikit bajunya yang menampakkan benda hitam seperti tatu atau tanda lahir.. tapi mempunyai bentuk yang pelik.. Ray Mikhail tergamam.. Destiny Amanda mengawal tanah tempatnya berpijak agar menjadi bukit kecil cukup untuk menjauhkah Ray Mikhail dari dirinya.. Ray Mikhail tertolak sedikit ke belakang. Destiny Amanda meneruskan langkahnya dan taman terlarang itu berubah mnjadi sedia kala.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Apa? Dia boleh menceroboh taman terlarang?” Tanya Kay Melissa kuat dan mungkin juga terkejut.. Yang Lain hanya tunduk mendengar kata2 Ray Mikhail.

“Macam mana boleh jadi begini?” Kta Destiny Aninda lebih kepada berkata dengan diri sendiri..

“Aku ada lihat sesuatu tanda di bahu dia.. bentu yang pelik.. antara tatu atau birth mark..” Kata Ray Mikail.. Destiny Aninda menggangkat mukanya merenung Ray mikail.

“Macam mana?” Tanya Kir Nadzi.. Ray Mikhail mula melukis bentuk yang di lihatnya.. Yang lain Cuma mentafsir bentuk itu. Kir Nadzi teringat sesuatu.. dia pernah melihat bentuk itu.. Di kerahkan otaknya berfikir.. mengingati bentuk itu…. Dan.. ‘TAK MUNGKIN!’

0 comments:

DestiNY FrienD!!