CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Wednesday, June 17, 2009

Destiny 11


“Kir dah jarang balik rumah.. kesian Kylla sorang2.. boring.. mama dan papa pulak busy je..” Syakylla merungut. Kir Nadzi tersenyum.

Ala.. kan ada Bibik tu.. berboraklah dengan bibik..” Kata Kir Nadzi.

“Bibik pun busy je.. bosanlah.. Kir selalu2lah balik rumah..” Syakylla merenung abang angkatnya alias kekasihnya itu.

“Kalau takde apa-apa program kat sekolah Kir boleh lah Kir pulang.. Okaylah.. hari ni kita jalan2 di taman.. nak tak??” Syakylla mengangguk cepat apabila mendengar jajakan Kir Nadzi.. sudah lama tidak berjalan bersama Kir Nadzi..

“Cepat siap.. Kir kira sampai 3.. kalau tak siap gak Kir tinggalkan je..” Kir Nadzi mengusik Syakylla yang kelam kabut berlari masuk bilik..

“mana sempat!!” terdengar jeritan Syakylla dari dalam bilik.. Kir Nadzi tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kir.. Kalau hari2 macam ni kan best.. keluar jalan2 dengan Kir.. Kylla rindulah..” Syakylla bermanja2 dengan Kir Nadzi.. lelaki itu tersenyum manis.. sunggu dia juga rindukan kekasihnya itu.. yang paling dirindui ketika di dalam Destiny ialah celoteh Syakylla itu.. Tapi apakan daya.. Destiny Aninda menyuruh mereka lebih focus kepada latihan yang mereka jalani sekarang.. Dia baru teringat beberapa hari lalu.. Perwatakan Destiny Aninda sungguh berbeza.. Wanita itu menyuruh mereka Mengambil sebiji batu permata disebuah gua.. Walaupun ditegah oleh Kay Mikail tetapi Destiny Aninda berkeras mahu mereka melaksanakan task ke2 mereka itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

.

Beberapa yang hari lalu….

Hidup seharian amalkan selawat,

Solat juga jangan tinggalkan,

Sebutir Permata menjadi Keramat,

Itulah kelemahan si pihak lawan.,


Hati sang putera telah ditawan,

Oleh Sang Ratu yang cantik jelita,

Hidup ini perlukan pengorbanan,

Korbankan nyawa dapatkan PERMATA..


Semua ke7 protégé tergamam termasuk Ray Mikail sekali.. ‘KORBANKAN NYAWA??’ terkebil2 mata Kyriell mendengar pantun Destiny Aninda itu..

“Apa Aninda?? Kita tak bincangkan pasal ni untuk task ke2 mereka.. Ambil Permata? Itu tempat persemadian Lye tau..Bahaya kalau biarkan mereka pergi tanpa ilmu di dada..”Tegas Ray Mikail.

“Mike.. lambat atau cepat dorang akan bertemu juga dengan Lye.. “ Selamba Destiny Aninda menuturkan.

“ apa kau panggil aku?? Mike??” Ray Mikail mengerut dahi.. timbul kesangsian di wajahnya.. Destiny Aninda tak mungkin akan membahayakan protégé..

“Keputusan aku muktamat.. sekarang saya nak semua protégé kat depan saya ni bergerak cepat.. selesaikan task kamu..” Kata Destiny Aninda dengan tegas tanpa menjawab soalan Ray Mikail tadi.. Ray Mikail menyedari ada sesuatu yang tidak kena.. tapi didiamkan saja.. Hanya seorang saja yang memanggilnya dengan nama MIKE…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syakylla yang becok bercerita tiba2 terasa geram.. rupa2nya Kir Nadzi hanya mengelamun dari tadi..

“KIr!! Penat Kylla bercakap sorang2.. Kir tak bagi respond pun.. mengkhayal lak tu..” Kata Syakylla sambil menarik muncung serupa itik.. Kir Nadzi yang tersedar dari lamunan mengosok2 matanya.. sungguh penat dia dan rakan2 memikirkan sikap aneh Destiny Aninda hari itu.. Tapi alhamdulilah Destiny Aninda sudah kembali kepada perwatakan asalnya.. Mungkin memang betul permata yang mereka ambil itu terlalu penting.. Nasib mereka baik, kerana ditolong oleh wanita misteri itu lagi..

“Sorry Kylla.. Kir termenung kejap.. sebab nak potong ayat Kylla susah sangat.. macam bertin jagung je.. susah Kir nak bercakap.. last2 Kir termenunglah..” Kir Nadzi memujuk Syakylla dengan usikan..

“Hisy!.. dahlah jarang jumpa.. nasib baik termenung.. kalau Kir tidur kat taman ni Kylla tinggalkan je Kirk at sini..” Kata Kylla masih lagi ada nada2 rajuknya.. Kir Nadzi tersenyum..

“Kejamnya Kylla…” Belum sempat Kir Nadzi menghabiskan ayatnya.. Deringan telefon Kir Nadzi menganggu ketenangan mereka berdua.. Telefon khas yang disediakan untuk protégé itu berdering dengan bingitnya.. tertera nama Luke Idwarda di skrin telefon itu.. Kir Nadzi menekan punat hijau di telefon itu..

“Kebakaran??!” Terkesima Kir Nadzi mendengar kata2 dari jejaka di hujung talian itu.. Dia mengalihkan pandangannya pada bukit Destiny yang kelihatan agak samar2 dari taman itu.. Tapi masih boleh dilihat dari jauh api yang kuat itu.. Syakylla mengerut dahi.. ‘Kebakaran??’

“Okay… aku datang sekarang..” Kir Nadzi menamatkan perbualan.. “Kylla balik sendiri ya.. Kir ada emergency sikit.. Nanti Kir telefon Kylla..” Tanpa kata Kir Nadzi bergegas ke bukit Destiny dan meninggalkan Syakylla terpingga2..

‘Kebakaran?? Di mana kebakaran tu?’ Syakylla bermonolog sendiri.. Dia mengalihkan pandangan ke arah pandangan Kir Nadzi tadi.. terkejut Syakylla apabila melihat asap berkepul2 memenuhi ruang angkasa. Dia hairan melihat reaksi pengunjung taman itu.. ‘mereka tak perasan ke asap yang berkepul2 tu??’ tanpa kata Syakylla menjejaki langkah Kir Nadzi..

0 comments:

DestiNY FrienD!!