CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Saturday, July 4, 2009

Destiny...13

Kir Nadzi menarik nafas lega apabila Syakylla menerima penerangannya dengan hati tenang. Dan dia berterima kasih kepada Destiny Aninda kerana sudi menerima kehadiran Syakylla di Destiny Castel. Jadi dia dan Syakylla tidak perlu berjauhan lagi.

“Wei.. Girlfriend dah dekat pun masih termenung jauh lagi ke?” Tegur Kyriell yang baru menghabiskan sesi latihannya. Kir Nadzi tersenyum.

“Takdelah.. aku Cuma nak tenangkan diri sekejap.” Nafi Kir Nadzi.

“Kadang2kan., aku terfikir juga.. kenapa ya gadis misteri tu selalu je muncul semasa kita menyelesaikan task? Dia tu kawan atau lawan??” Sampuk Lenst Joeshua yang mengejutkan Kyriell dan Kir Nadzi..

“Entahlah… tapi yang penting aku macam pernah kenal sangat dengan dia.. muka dia macam familiar la..” Kata Kir Nadzi. Kyriell mengerut kening..hairan.

“Familiar? Kau pernah muka dia ke?? Bukan dia pakai topeng ke??” Tanya Kyriell kehairanan.

“Ke kau ada scandal dengan dia?? Oo.. patutlah dia selalu tolong kita.. dia jatuh hati dengan kau kot…” Gurau Lenst Joeshua dengan nakalnya. Kir Nadzi menyekeh kepala Lenst Joeshua. Kyriell tertawa.

“Hah! Scandal? Oo.. kau curang ek Kir??” Kata Indra kurniawan yang tiba2 menyampuk dari belakang k3 jejaka itu. Lenst Joeshua, Kyriell dan Kir Nadzi terdiam.. Terkejut dengan kedatangan Indra Kurniawan secara tiba2.

“Kenapa korang diam?? Memang betullah aku cakap tadi ek?? Ooo.. bagitahu Kylla… Kylla! Kylla! Kir kan.. Cuuu…”Belum sempat Indra Kurniawan menghabiskan ayatnya. Kir Nadzi menarik tangan Indra Kurniawan sehingga Indra Kurniawan jatuh terduduk kemudian menyekeh kepalanya.

“Kau ni memandai je.. kang Kylla dengar mampus aku.. dia tu lagi kuat dari incredible hulk tau!.. l\masa tu aku sembelih kau dengan pedang Lenst ni..” Ugut Kir Nadzi tetapi tidaklah seserius yang disangka. Indra Kurniawan tersengih bak kerang busuk.Lenst Joeshua yang mendengar ugutan Kir Nadzi terus menjauhkan pedang kesayangannya dari Kir Nadzi dengan mimik muka takut yang dibuat2. Tiba2 mereka tertawa dengan lawak tak jadi dengan tindakan reflex Lenst Joeshua, Takkan mereka mahu berbunuhan sesame sendiri.

“Wei.. Buah hati pengarang jantung intan paying belian emas kau tengah mencari di manakah gerangan kekasih hatinya itu.. tu yang aku muncul tiba2 dari belakang korang ni..” Jelas Indra Kurniawan. Kir Nadzi tersenyum.

“Senyum.. senyum..Dating je kerjanya..”Rungut Lenst Joeshua.

“Aik?? Jeles ke?? “ Kir Nadzi menjelir lidah kemudian berlari mendapatkan Syakylla. Kyriell, Lenst Joeshua dan Indra menggeleng.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Apa dah jadi sebenarnya?? Aku baru pergi untuk beberapa hari.. tiba2 je ada banyak masalah yang melanda..” Rungut Destiny Aninda. Ray Mikail mengerut kening. Kebingungan sebenarnya.. Setahunya Destiny Aninda sentiasa disampingnya.. bila masa yang Destiny Aninda itu pergi???

“Pergi?? Pergi mana?” Tanya Ray Mikail dengan riak bingungnya.

“Aku ada telefon kaukan.. aku cari Destiny Amanda..” Destiny Aninda kemudiannya ikut kebingungan apabila melihat reaksi Ray Mikail.

“Kau tak pernah telefon aku.. dan kau sentiasa ada di depan aku.. Bila masanya yang kau pergi?” Tanya Ray Mikail lagi..Tapi riak wajahnya seperti menyampaikan sesuatu kepada Destiny Aninda.

“Ooo My GoD!! Apa yang dah jadi??” Kata Destiny Aninda dengan wajah yang begitu terkejut. Tanpa mereka sedari Destiny Amanda duduk dengan tenang sambil mendengar perbualan mereka berdua. Memang Destiny Aninda dan Ray Mikail tidak dapat melihatnya. Kerana gadis itu menggunakan diding cahaya untuk melindungi dirinya. Dirinya ibarat ‘hantu’ di Istana itu. Datangnya dia tak berjemput., perginya dia tanpa disedari..

“Aku dah agak dah itu bukan kau.. mesti dia..” Kata Ray Mikail..

“Siapa?? Lynn?? Tak sangka dia sanggup khianat kita..” Kata Destiny Aninda dengan nada yang kecewa. Lynn adalah protégé ibunya juga. Tapi kerana cintakan Lye, dia sanggup buat apa saja. Kelebihannya ialah Menyamar.. Dia boleh menyamar menjadi sesiapa saja.

“Kerana cinta.. manusia sanggup buat apa saja untuk memilikinya.. “ Kata Ray Mikail. Destiny Aninda mengeluh panjang..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kylla! Ooo Kylla..” Kir Nadzi berpusing2 di seluruh taman untuk mencari Syakylla.Tiba2 dia melihat susuk tubuh yang di kenalinya. Senyumannya hilang kemudian berganti dengan wajah yang kehairanan.

“Hai Kitty.. Kitty suka tak makan yang Kylla sediakan?? Opps.. Kitty mesti biasakan diri dengan ‘Kylla..’” Sambil membelai2 badan kucing putih itu.

“Wah! Hebat Kylla.. sampai boleh menjinakkan Kitty ni.. dia garang tau..” KIr Nadzi berjalan mendekati Syakylla yang tengah duduk memcangkung di hadapan kucing putih itu..

“Eh KIr.. takdelah garang sangat.. tengok.. dia ni manja tahu.. tu yang gemuk macam Garfield tu..” Kata Syakylla.

“Hari tu dia cakar tangan Kir.. “ KAta Kir Nadzi seperti mengadu.. Kitty seperti memahami kata2 Kir Nadzi kemudian menjeling KIr Nadzi dengan sombong..

“Hehehe.. padan muka Kir..” Syakylla tergelak dengan riak wajah Kir Nadzi yang tak puas hati dengan Kitty,,

“Ni yang buat Kir jeles ni.. Kylla lebih pentingkan Kitty dari Kir..” Kata Kir Nadzi sambil menarik muncung..Belum sempat Syakylla membuka mulut untuk memujuk.. mereka berdua termasuk Kitty kebasahan.. hujan takda, rebut takda.. air bak bah membasahi mereka.. kedengaran suara Kay Melissa, Aline Eddina, dan Luke Idwarda tertawa. Kay Melissa mengambil peluang itu untuk menangkap gambar pasangan ideal itu..

“Wei! Apa ni.. tak baik menggunakkan kuasa untuk membuli orang awam tau..” Rungut Kir Nadzi sambil menarik muncung itik. Syakylla tertawa walaupun dirinya sudah basah kuyup. Kitty mengiau tak puas hati.

“ala.. Kesiannya.. cutelah kau basah kuyup KIr.. “ Kay Melissa masih mahu bermain..

“A’aa.. Kir nampak menggoda macam tu..” Syakylla menambah.. Dia tahu yang Aline Eddina dan Kay Melissa hanya ingin bermain2.. bosan dengan latihan2 yang ada di destiny Castel ini..

“Ye ke?? Jom!!” Kir Nadzi membuat wajah gatalnya kemudian mahu menarik tangan Syakylla…

“Gatal!! “Mereka semua menjerit serentak kepada Kir NAdzi. Sekali lagi Aline Eddina menggunakkan unsur airnya ke arah Kir Nadzi seorang.. Melihat muka berang Kir Nadzi mereka semua cepat2 melarikan diri.. Takut terbakar… Destiny Aninda menggeleng kepala melihat telatah protegenya dari atas balkoni.

0 comments:

DestiNY FrienD!!