CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Wednesday, June 17, 2009

Destiny 12

‘Api?? Siapa dalang di sebalik semua ni??’ Gadis Misteri itu bermonolog sendiri.Dia duduk dengan tenang di atas sebuah pohon besar yang tidak terbakar oleh api besar itu. Dengan menggunakan kuasanya, dia mewujudkan dinding khayalan untuk melindungi dirinya dari dilihat oleh Destiny Aninda, Ray Mikail dan ke7 protégé yang sedang berusaha memadamkan api yang sengang menyala itu. Dia melihat-lihat di sekitar tempat kebakaran itu, kemudian matanya dikecilkan kerana tidak percaya dengan pandangan matanya ketika itu. Sungguh tak percaya. ‘Lye!!’ .


Kelihatan seorang pemuda yang diliputi aura seperti asap yang berwarna hitam. Sehitam hatinya kini. Lye yang sedang tersenyum gembira melihat kemusnahan yang dia lakukan tidak menyedari sedang diperhati. ‘Dia hidup kembali lebih cepat dari jangkaan! Macam mana perkara ini berlaku?’ Kata gadis itu di dalam hati. Tetapi duduknya masih kelihatan tenang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Api besar masih lagi membakar dengan cepatnya. Destiny Aninda sudah buntu. Ray Mikail memicit kepalanya. Bingung. Manakala Kay Melissa, Aline Eddina, Indra Kurniawan, Kyriell, Lenst Joeshua, Kir Nadzi, Luke Idwarda terduduk memikirkan cara. Tiba2 Kay Melissa bersuara.


“Korang ingat tak mengenai kebakaran hutan yang berlaku di west America pada tahun 1910?” Kay Melissa merenung teman2nya.


“Ingat.” Kata Aline Eddina sedikit Excited. Tiba2 mereka semua tersentak kemudian mengalihkan pandangan kepada Kir NAdzi.


“Cara yang digunakan tu..” Belum sempat Indra Kurniwan menghabiskan ayatnya, Luke Idwarda menyampuk.


“ Api lawan api…” Sambung Luke Idwarda.


“Jangan.. Kir masih belum boleh mengawal unsure api dengan baik..” Tegah Ray Mikail. Sememangnya boleh kalau mereka menggunakan cara itu. Tetapi dia khuatir selepas percubaan dari Aline Eddina tadi gagal, mereka akann menerima kegagalan lagi.. Dia juga khuatir api yang besar itu tidak terkawal oleh protegenya.


“Tapi kebakaran ini akan menjalar ke destiny’s castel..” Bantah Kyriell.


“Aku tahu kebolehan aku Riell.. untuk menghentikan kebakaran ini, aku mesti mewujudkan api yang sangat besar. Dan aku tidak boleh mengawalnya lagi. Aku belum cukup mahir..” Kir Nadzi mengakui kelemahannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sementara ke7 protégé, Destiny Aninda dan Ray Mikail berfikir penyeselaian masalah mereka. Gadis misteri itu masih lagi terleka memerhatikan gerak langkah Lye. Tanpa sebarang bunyi dia mengekori langkah Lye sehingga ke GUA HITAM. Tempat di mana dia menolong ke7 protégé mengambil batu permata untuk menyempurnakan tugas mereka. Barulah dia teringat sesuatu. ‘batu permata tu, batu permata Lye!’ Dia teringat kata2 Destiny Aninda.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Imbas Kembali..


“Batu ni batu keramat, jika di alihkan buruk padahnya.” Kata Destiny Aninda.


“Contoh?? “ Tanya mulut si kecil itu. Destiny Aninda memegang tangan si kecil untuk membawa tubuh kecil itu keluar dari Gua Hitam itu. Terasa seram bila berlama2 di dalam gua itu. Bagai terasa ada mata yang mamandang mereka.


“Lye hidup kembali..” Jawab Destiny Aninda perlahan apabila mereka sampai ke luar gua itu.


“Baguslah.. Abang Lye boleh temankan Nanda main..” Petah tubuh mulut kecil itu berbicara. Destiny Aninda menghela nafas panjang. Gadis kecil itu masih belum memahami apa yang sudah terjadi.


“Nanda.. abang Lye bukan macam dulu da.. Dia jahat tau sekarang..” Kata Destiny aninda sambil melutut di hadapan anak kecil itu untuk menyamakan kedudukannya dengan anak itu..


“Jahat macam momok??” Tanya gadis kecil itu.


“Jahat lagi dri momok.. Nanda jangan berana hampiri gua nit au..” KAta Destiny aninda, gadis kecil itu mengangguk. Akur perintah kakaknya..


“Betul ya Destiny Amanda jangan masuk dalam gua ni,” Sekali lagi Destiny Aninda berpesan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Destiny Amanda mengeluh.. menyesali tindakannya. ‘aduh! Kenapa aku boleh lupa pasal tu.. jadi siapa yang menyuruh ke7 protégé mengambil Permata tu.. Siapa ya protégé dulu yang boleh menyamar menjadi orang lain?? Di mana Destiny Aninda ketika itu??’ Destiny Amanda kemudiannya teringat sesuatu. Dia mengeluh panjang.. ‘dia pun belum mati!’ Kemudian dia beredar dari tempat itu untuk menolong Ke7 protégé,


Destiny Amanda meramas2 kedua belah tangannya mengeluarkan satu bebola api yang kemudiannya menjadi satu nyala api yang cukup besar. Destiny Amanda dengan tak teragak2 dia melontarkan nyalaan itu kea rah api yang membakar. Ke7 protégé terkejut. Semua memandang kea rah Kir NAdzi..


“bukan aku..” Kir NAdzi membela diri. Lama- kelamaan api itu makin mengecil kemudian terpadam kerana oxygen di sekitar tempat itu telah diserap oleh nyalaan api yang Destiny Amanda lontarkan.


“KIr!!” Syakylla keluar dari tempat persmbunyiannya kemudian memanggil nama Kir Nadzi dengan kuat. Kir Nadzi pucat. Kini dia terpaksa menerangkan semuanya dari awal sehingga akhir kepada Syakylla yang menjerit setelah melihat semua kejadian yang tak masuk dek akal ini.

0 comments:

DestiNY FrienD!!