CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Saturday, September 5, 2009

Destiny...16

“Dancing bear,

Painted wing,

Thing I almost remember,

And a song…

Someone sing..

Once upon a December…”

“Sedap Destiny Aninda menyanyi.. “ Syakylla menegur Destiny Aninda yang sedang bernyanyi di balkoni sendirian. Ada kesan air mata di mata Destiny Aninda.. Syakylla tidak berani bertanya.. mungkin wanita itu sedang menyenangkan hati yang lara…Destiny Aninda cuba memberi senyuman kepada syakylla.. tapi dia tahu.. sungguh tawar senyuannya.

“Lagu tu.. My mum selalu nyanyikan.. rasa macam kita masuk ke alam magical bila dengar dan menjiwai dalam lagu tu..” Destiny Aninda membuka cerita..

“Destiny Aninda memang dalam magical land.. Destiny castel ni lah magical land..” Kata Syakylla sambil tersenyum.. Memang, Destiny Castel lah magical land buatnya.. terasa tenang di sini.. sungguh tenang..

“Tapi saya langsung tak rasa bahagia di sini, saya juga tak tahu kenapa saya boleh bertahan di sini sedangkan di tempat ni lah keluarga saya bermandikan darah..” Destiny Aninda meluahkan rasa hati.. Syakylla hanya diam mendengar luahan Destiny Aninda..

“Kenapa? Destiny Aninda dah mengalah?” Tanya Syakylla perlahan.. Destiny Aninda merenungnya tajam.. Ya, dia tahu ia agak sedikit sinis tapi dia nak menyedarkan Destiny Aninda yang terlalu lambat untuk mengalah setelah banyak yang telah terkorban.

“Saya takkan mengalah.. Saya tetap akan selangkah di depan Lye..” Kata Destiny Aninda dengan tegas lantas di bangkit dari duduknya dan ingin berlalu ke kamarnya..

“Kalau begitu buktikan..” Dengan sinisnya..Destiny Aninda berpaling kembali mengadap Syakylla..

“Kenapa hari ni mulut kamu kedengaran seperti berbisa?” Tanya Destiny Aninda.. Destiny Aninda mula ragu2 melihat senyuman sinis yang terukir di wajah Syakylla.. Belum sempat dia berkata apa2 kedengaran bunyi seruling daun dimainkan.. Kemudian kedengaran suara seseorang bernyanyi pilu..

“Someone hold me safe and warm,

Horses prance through a silver storm,

Figure dancing gracefully,

Across my memory…..”

Destiny Amanda teresak di atas pokok besar itu.. bila mendengar luahan Destiny Aninda membuatkan dia merasa rindu akan suasana destiny castel yang dulu.. ada ayahandanya yang selalu menjadi pembela, ada bonda yang sentiasa tersenyum.. Ada kakak yang amat manja… Tapi kerana ketamakan manusia semuanya hilang dari pandangan..

“Amanda..” Itu saja yang terlintas di fikiran Destiny Aninda apabila mendengar seruling daun tadi.. Syakylla yang terkaku di balkoni tidak di endahkan.. “Amanda!!” Destiny Aninda cuba memanggil Destiny Amanda.. Destiny Amnda memdengar panggilan dari kakaknya..

“Syakylla.” Dengan senang Destiny Aninda merubah dirinya menggunakan kuasa the clone… Kemudian dia menghadirkan dirinya di belakang Destiny Aninda..

“Destiny Aninda? Kenapa ni?” Tanya Destiny Amanda yang sekarang menyerupai Syakylla.. Destiny Aninda terkejut.. Ada dua Syakylla yang berada di depannya.. Destiny Amanda membuat riak terkejut apabila mengalihkan pandangan kepada Syakylla yang lagi satu..

“Apa semua ni?” Tanya Destiny Aninda yang mula rasa terancam.. Dia mengalihkan pandangan kepada Destiny Amanda yang masih membuat riak terkejut dan takut2.. Dia mengalihkan pula pandangannya kepada Syakylla yang menjadi temannya berbual sebentar tadi.. Tiba2 dia teringat sesuatu..

Lynn!! Baik kau pergi atau aku benamkan pedang ni di badan kau!” Kata Destiny Aninda dengan tegas..Lynn tertawa apabila helahnya sudah di ketahui.

“Aku Cuma mahu bermain.. tak sangka begitu cepat helah aku terbongkar.. so adious..” Lynn terus menghilang di kegelapan malam.. Destiny Aninda mengeluh perlahan..

“Apa sebenarnya yang berlaku?” Tanya Destiny Aninda yang berlagak tidak tahu apa2. Destiny Aninda Cuma menggeleng..

“Tadi saya ada dengar bunyi seruling daun..” Perlahan Destiny Aninda berkata.. Destiny Amnda hanya menunduk.. “Saya ingat adik saya dah kembali..” Sambung Destiny aninda lagi..

“Mungkin perasaan Destiny Aninda saja..” Kata Destiny Amanda perlahan.. Destiny Aninda mengangguk..

“Mungkin.. Mungkin saya masih rasa yang mereka semua masih ada di sini.. Ayahanda selalu bermain seruling daun bersama Amanda.. dan bonda akan bersama protege2 yang lain.. “ Destiny Aninda menarik nafas panjang.. “Saya masih mahu merasai suasana tu..” Dia mengalihkan perhatian kepada Destiny Amanda.. Destiny Amanda tersenyum..

“Mereka semua ada di sini Destiny Aninda..” Kata Destiny Amanda sambil menunjuk ke dadanya.. Ya, mereka semua sentiasa ada di hati mereka.. hidup di hati mereka.. selagi ada rasa sayang itu.. kekal hiduplah mereka.. “Jangan putus asa untuk berjuang.. “ Itu kata akhir Destiny Amanda sebelum dia meninggalkan Destiny Aninda yang termenung jauh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Syakylla.. thank you sebab semalam..” Kata Destiny Aninda ketika di meja makan.. mereka yang lain berkerut kening.. Syakylla apatah lagi.. Bingung..

“Hah?” Tanya Syakylla..

“Takde apa2..” Kata Destiny Aninda menutup cerita.. Destiny Amanda tersenyum manis..

0 comments:

DestiNY FrienD!!