CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Tuesday, April 28, 2009

Destiny...2

“Hebat awak bermain pedang tadi.” Wanita yang memakai kereta berwarna merah jambu itu menegurnya. Kalau tak silap dia, kereta itulah yang selalu mengintip pergerakannya.

“Thanks, tapi saya pasti sangat itu bukan tujuan sebenar kakak ni sampaikan sanggup mengintip saya seharian ni.” Kyriell berterus terang. Wanita itu membuka sunglassesnya

“Mesti susahkan untuk budak indigo seperti awak belajar di sekolah biasa. Selalunya budak2 indigo seharusnya bersekolah di sekolah khas indigo.” Kyriell pelik.

“Macam mana kakak tahu ni? kakak siapa sebenarnya?” Kyriell terus bertanya pada wanita itu. Wanita itu memberikannya satu kad. Yang tertulis nama wanita itu. “Destiny Aninda?” Kyriell membaca nama di kad itu. Destiny Aninda tersenyum sambil mengangguk.

“Kalau awak nak.., awak boleh pergi alamat di kad tu. rasanya tak sesuai indigo seperti awak belajar di sekolah biasa. Apalagi awak indigo yang punya banyak rahsia.” Destiny menekankan perkataan Rahsia itu.

“Kakak ni nak permainkan saya ke? Mana ada address ni kat tempat ni.” Kyriell kelihatan kebengangan.

“Ada. Awak boleh nampak bukit Destiny dari sini. “ Destiny Aninda menunjuk ke arah bukit yang seakan terbiar. Kyriell semakin bengang.

“Itu bukit terbiar!” Kyriell meninggikan sedikit nada suaranya.

“Saya tahu.. magical kan. Semua orang tak tahu yang dalam semak samun tu wujud sebuah istana yang cantik. Dan cakap pasal magical ni. Saya pasti yang kita berdua faham apa itu ‘MAGIC’… Menggunakan unsur angin untuk menyelamatkan kucing yang comel tu. sesuatu perbuatan yang menarik.” Destiny meninggalkan Kyriell yang terpingga2 keseorangan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SMK Persona..

“Ala.. Kylla lupa nak bawa pemetik apilah.., macam mana nak hidupkan api ni.” Rungutan syakylla menyedarkan Kir Nadzi ke alam nyata. Dia teringat peristiwa semalam yang membuat dia menyedari yang dia selama ini mempunyai kelebihan.

“Kenapa Kylla sayang…?” Kir Nadzi menegur Syakylla yang sibuk menyapu daun- kering di padang sekolah.

“Kylla lupa nak bawa pemetik api yang pak cik Mamat tu bagi.” Syakylla memuncungkan bibirnya.Kir Nadzi tersenyum melihat gelagat kekasihnya.

“Cuba Kylla minta balik dengan Pak cik tu.” Kir Nadzi mengsyorkan.

“Kir takde pementik api ke?” Syakylla bertanya. (soalan perangkap sebenarnya.)

“Kir tak merokoklah.. “ Kir Nadzi tersenyum melihat Syakylla tersenyum nakal.

“Okaylah.., Kylla nak jumpa pak cik Mamat tu kejap.”

“Jangan lama2 tahu.. Kir jeles ni.” Kir Nadzi bersenda. Kelihatan Syakylla sudah menjauh, Kir Nadzi merenung ke arah timbunan daun yang di longgokkan Syakylla sebentar tadi. Dia mencuba kebolehannya.

“Burn..” Kemudian api menyala dengan kuatnya. Dia masih belum mahir mengawal unsur api. Sepasang mata merenung sambil tersenyum. Geli hati melihat muka KIr Nadzi yang cemas.

“Angin.., bertiuplah kearah api itu.., Dan air., kerja mu adalah untuk membasahi permukaan tanah itu.” Sejurus selepas itu api yang menyala kuat tadi kelihatan sedikit malap. Wanita itu tersenyum. Kir Nadzi menarik nafas lega.

“Eh., macam mana Kir hidupkan api tu?” Syakylla kebingungan.

“Aaa?” Kir Nadzi tidak terfikir akan jawapan untuk soalan kekasihnya itu.

“Kir ada pemetik api ya..” Syakylla serkap jarang. Kir NAdzi tidak tahu apa mahu di jawap. Kemudian memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. Reaksi kegemarannya ketika cemas. Kir Nadzi terkejut kerana merasakan ada pemetik api di poket seluarnya. Dia mengeluarkan pemetik api dari poket seluarnya.

“Lah… Kir ni suka mainkan Kylla tau.. rupa2nya Kir pulak yang ambilkan pemetik api tu.. penat Kylla jalan cari Pak cik tu tau..” Kata Syakylla tanpa sedikit pun curiga. Kir Nadzi menarik nafas lega.

0 comments:

DestiNY FrienD!!