CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Saturday, May 2, 2009

Destiny...6

“Assalammualaikum.. “ Aline Eddina mengalihkan pandangan kepada suara yang memberi salam itu.

“Waalaikumsalam, Ada apa yang boleh saya bantu?” Ray Mikail tersenyum.

“Emm, adik ada nampak kucing warna putih tak jalan2 kat sini.. dia terlepas dari sangkarlah.” Padahal Ray Mikail sudah melepaskan Kitty dari awal lagi. Kitty ialah kucing kesayangan Destiny Amanda dulu, dan sekarang di bawah jagaan Destiny Aninda.

“Ala.., kasihannya dia hilang., kucing baka apa? Mungkin saya boleh tolong carikan..” Aline melihat di sekeliling, mungkin kucing itu ada di sekitar mereka.

“Parsi.., putih dan gemuk, nampak je kucing yang gemuk dia lah tu.., selalunya dia pemalas sikit. Hari ni rajin pula dia merayau.” Ray Mikail membuat muka runcing.
d
“Oo.. okay, abang cari kat sebelah sana dan saya cari kat sebelah sini. Macam mana?”

“Okay juga tu., terima kasih ya.” Ray Mikail berpura-pura mencari Kitty di jalan yang Aline Eddina tunjukkan. Aline Eddina melihat seekor burung yang cari hinggap di sebuah pokok yang berdekatan dengannya.

“Hai burung yang cantik., boleh tolong Aline cari seekor kucing tak?” Seperti memahami burung itu merenung muka Aline Eddina. Aline Eddina mengangguk setelah mendapat maklumat dari burung itu. “Terima Kasih.” Aline Eddina berlalu ke arah yang oleh burung itu. Ray Mikail tersenyum. Dia tidak perlu risau akan Kitty. Kitty ialah kucing yang terlatih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kucing putih yang begitu tembam itu menukar haluannya apabila memihat tuannya di situ. Kitty mengiau minta di belai. Wanita itu tersenyum.

“Kitty rindu kita ya..kita pun rindu kitty., kitty makin gemuk.” Dia tertawa kecil melihat reaksi Kitty seperti marah apabila dikatakan gemuk.

“Kitty boleh tolong tak?” Kitty melihat wajah wanita itu. Kemudian dia mengiau lagi.

“bila budak perempuan tu datang.., Kitty buat2lah lemas. Kita nak tahu macam mana kuasa budak tu. boleh kan?” Kitty mengiau tanda setuju.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sudah dua kali Aline Eddina berpusing2 mencari kucing putih di tempat itu. Tetapi masih tidak di jumpainya.

“mana kucing tu dah pergi, burung cantik?..” Aline Eddina memandang burung yang mengekorinya sedari tadi.Ray Mikail kehairanan. Sepatutnya Kitty sudah ada di sana.

“Di Tasik??” Aline Eddina bergegas pergi ke tasik , khuatir kucing itu jatuh ke dalam tasik. Ray mengikuti Aline Eddina dari belakang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kelihatan kucing putih yang di carinya hamper lemas di dalam tasik itu. Aline Eddina cemas. Dia melihat sekelilingnya. Kosong!. Bereti dia boleh menggunakan kelebihannya. Aline Eddina cuba menumpukan perhatian. Dalam masa beberapa minit air di tasik itu menjadi pejal seperti jeli2. Kemudian kucing putih itu terdampar di tepi tasik. Aline Eddina mendukung kucing putih yang seperti kepenatan itu. Ray Mikail bertepuk tangan.

“Wah! Adik boleh mengawal unsur air dengan baik.” Aline Eddina panik.

“Abang nampak ke?” Masih lagi cemas.

“Jangan risau., abang pun ada kelebihan macam adik. Tengok ni..” Ray Mikail mengangkat tangannya ke udara kemudian menggenggamnya, selepas itu angin lembut menyapa2 kulit muka Aline Eddina. “itu unsur angin.” Aline Eddina tersenyum. Terbuai dengan angin yang menyapa lembut itu.

“Apa abang nak?” Masih lagi memeluk kucing putih gebu itu.

“Abang nak adik datang ke bukit destiny. Kemudian abang akan jelaskan semuanya.” Ray Mikail memberi kad namanya.

“Tapi orang kata bukit tu, bukit terbiar..” Ray Mikail mengambil Kitty dari dukungan Aline Eddina.

“Itu orang kata..” Ray Mikail berlalu menginggalkan Aline Eddina.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Why you change our plan bila last minit?” Ray Mikail bertanya seperti kucing itu memahami percakapannya. Kitty hanya mengiau.. Sepasang mata itu tersenyum.

“Bye Kitty.., kejap lagi kita jumpa lagi ya..” Perempuan itu berbisik perlahan. Kitty yang dapat melihat tuan lamanya mengiau lagi.

0 comments:

DestiNY FrienD!!