CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Saturday, May 2, 2009

Destiny...5

“Hai bunny.., hari ni sihat?” Aline Eddina membelai2 arnab putih itu. Dia memberi makanan. Fatin hanya tersenyum melihat anaknya itu. Selain menjadi seorang indigo, anaknya itu seorang yang normal baginya. Walau satu ketika, Aline Eddina lebih gemar bercakap bersama Haiwan daripada masyarakat di sekitarnya. Baginya Aline Eddina hanya seorang yang sayang akan haiwan.

“Aline, sudah2 lah tu berulit dengan bunny tu.. meh tolong mama keluarkan bunga dari pasu ni.” Puan Fatin sibuk berkebun.

“Kenapa nak keluarkan mama?” Aline mengalihkan perhatiannya pada Puan Fatin.

“Pokok bunga ni macam hidup segan mati tak mahu pula. Tak pernah berbunga.” Fatin merungut. Kecewa kerana bunga yang di belinya beratus2 ringgit tidak berkembang harum seperti yang diharapkan.Aline Eddina memandang bunga yang di sebutkan ibunya itu. Kemudian dia tersenyum.

“Mama bagilah peluang pokok ni satu hari, besok mesti pokok ni berbunga cantik.” Kata Aline Eddina.

“Ada pulak bagi peluang, ini pokoklah Aline.Mungkin dia tak boleh hidup dengan struktur tanah yang macam ni.” Fatin menjelaskan pada anaknya.

“Mungkin dia kekurangan air kot. Takpun air dia tercemar. Tu yang dia merajuk tak nak berbunga.” Aline Eddina menegakkan pendapatnya.

“Macam2lah Aline ni. Pandai pulak pokok tu merajuk.”Puan Fatin tersenyum mendengar jawapan anak bongsunya itu.

“Tak payahlah cabut pokok tu mama, Hah! Tu papa dah pulang.., baik mama sambut papa dulu.” Aline Eddina mengalih perhatian mamanya apabila melihat kereta papanya masuk ke perkarangan villa mereka.

“Yelah2.. mama bagi pokok ni peluang 1 hari, kalau tak berbunga juga, mama yang merajuk.”Puan Fatin berseloroh dengan anaknya. Aline Eddina tersenyum.Setelah mamanya masuk ke villa mereka, Aline Eddina merenung Bunnynya dan tersenyum.

“Bunga ni tak cukup air ye bunny? Jangan bagitahu orang ye.Pergi masuk rumah bunny.” Seperti memahami apa yang tuannya katakan, bunny bersembunyi di rumah2 kecil dalam kandangnya. Aline mula menyentuh tanah2 yang lembab itu pada dasarnya, tetapi sebenarnya bunga itu memerlukan lebih banyak air dari bunga yang lain.

“Air.., basahi tanah ni agak bunga ini tumbuh segar dan gembira.” Seperti baru disimbah air, pokok bunga itu kelihatan segar dan bermaya.

“Hem,, dah harganya mahal, mesti cara penjagaan kamu juga special kan..” Aline Eddina seperti bercakap dengan bunga itu. Kemudian bunny keluar dari sangkarnya. Aline Eddina mendekati arnab perliharaannya itu.

“Bunny, minum air banyak2 tau..” Katanya sambil membelai arnab itu. Seperti memahami arnab itu pergi ke tempat minumnya kemudian meminum air. Aline Eddina tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Unsur air dan kelebihan boleh bercakap dengan haiwan.” Ray Mikail berkata perlahan.

“Dia ke orang yang menolong Kir Nadzi hari tu?” Destiny Aninda melihat ke arah monitor computer Ray Mikail.

“Aku rasa bukanlah, sebab budak ni hanya tahu menggunakan asas tenaga dalaman. Tapi yang hari tu aku rasa dia seperti mempunyai kombinasi kuasa arwah Adha dan arwah Lya.” Arwah Adha dan Arwah Lya adalah teman mereka yang terkorban sewaktu bertarung bersama Lye Zachary.

“ Aku akan cari buku2 rekod ibu Aliya, mana tahu dia ada senaraikan mengenai kelebihan ini. Dan aku rasa dia bukan saja boleh mengawal 2 unsur malahan semua unsur.” Destiny Aninda ingin memulakan langkah ke bilik perpustakaan peribadi mendiang ibunya. Destiny Aliya.

“Budak ni macam mana?” Ray Mikail maksudkan Aline Eddina.

“Giliran kau, tapi aku rasa kau patut berusaha lebih. Dia tak suka dengan orang asing. Aku takut dia suruh haiwan2 di sekeliling dia kenakan kau.” Destiny Aninda menghadiahkan Ray Mikail sebuah senyuman.

“You know what?” Ray MIkail bertanya. Destiny Aninda mengangkat kening.

“My mum dah bising suruh aku kahwin, apa kata kau jadi bride aku.” Ray Mikail selamba.

“Hahaha, so funny.., Jangan harap.” Destiny Aninda menjawab secara sinis sedikit.

“Ala.., Aninda, umur kita makin meningkat tau. Karang aku cari orang lain , kau juga yang menangis.”

“Cubalah kalau berani, aku bakar dia hidup2..”

“Amboi garangnya..” Kemudian Ray Mikail terdiam seketika. “Kau juga boleh mengawal lebih dari satu unsur kan?” Ray Mikail merenung muka Destiny Aninda.

“Tak, aku cuba boleh mengawal unsur api, berlari pantas dan bermain pedang..” Destiny Aninda menjawab.

“Kau ada 3 kelebihan maksudnya? Jadi Indra Kurniawan hanya mempunyai kelebihan tetapi tidak boleh mengawal unsur?”

“Indra Kurniwan boleh mengawal tenaga dalaman dengan baik dan mungkin boleh mempelajari dengan baik teknik pengawalan bayang. “ Destiny Aninda menjelaskan pada Ray Mikail. Ray Mikail mengangguk.

“jadi protégé kita yang ke 5,6,7 mungkin boleh mengunakan unsur illusion, sword, dan…?” Ray Mikail memandang Destiny Aninda.

“mengawal unsur gravity. .”Ray MIkail mengangguk. Setuju dengan jawapan Destiny Aninda.

“Okay, back to work.” Destiny Aninda tergesa2 ke perpustakaan ibunya, manakala Ray Mikail berjumpa protégé yang ke 4.

0 comments:

DestiNY FrienD!!