CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Tuesday, May 26, 2009

Destiny... 10

(Sphinx)
“outfit kita ni selesa jugak kan..” Luke Idwarda melihat2 baju yang sedang dipakainya.

“Ye ke? Aku rasa pelik..” Kir Nadzi agak tidak selesa dengan leher uniformnya itu..

“Sebab design baju kita berlainan.. “ Kyriell menyampuk.

“tapi baju kami berdua cute kan??” Aline Eddina bertanya sambil berpusing gaya model2.
“yup.. memang cute..” Indra Kurniawan menjawab.

“Tahu tak outfit ni Destiny Aninda yang design tau.. “ Kay Melissa pula mencelah.

“Oo ye.. patutlah cantik je semua..” Kyriell tersenyum.

“Wei.. kita cakap2 begini, korang tau tak berapa jam lagi nak sampai pergi kebun tu..” Lenst Joeshua memandang teman2nya. Kir Nadzi menjunkit bahu..

“Jangan risau.., kejap lagi dah nak sampai dah.. “ Kay Melissa menjawab.

“Macam mana kau tau?” Luke Idwarda memandang Kay Melissa.

“Haiya korang ni.. cuba kamu hidu betul2 bau kat hutan ni..” Mereka ber6 cuba mengikut arahan Kay Melissa.

“Bau bunga.. tapi bercampur adukla.. bau bunga mawar pun ada juga..” Aline Eddina menjawab.

“Hah.. itu bererti kita dah semakin hampir..” Mereka meneruskan perjalanan mereka berpandukan bau wangi kebun bunga itu.

“Bau dia dah semakin kuat dari tadi.. tapi satu taman pun aku tak nampak..” Kyriell bercekak pinggang sambil memerhati sekelilingnya. Indra Kurniawan mengangguk. Setuju dengan kata2 Kyriell.

“takde masalahlah.. hutan maya! Sekarang kamu semua nampak apa yang tersembunyi.di balik hutan ini..” Kay Melissa menghalakan telunjuknya ke arah hadapan mereka. Kemudian semua mereka tersenyum apabila melihat sebuah kebun yang di penuhi dengan bunga2 yang cantik.

“Wah! Banyaknya bunga.. “ Aline Eddina tersenyum lebar.

“Jom kita cari bunga tu..”Kata Lenst Joeshua dengan bersemangat. Pencarian mereka terhenti apabila melihat pokok ibarat pokok kaktus yang di penuhi dengan buah2 berwarna merah.

“Inilah pokok Hylocereus undatus., tapi mana bunganya.. semua buah je..” Luke Idwarda membelek2 buah yang sudah matang itu..

“bunga tu ada pada pokok Hylocereus undatus jantan..ia hanya mengeluarkan bunga dan kadang2 berbuah.. better taman pokok lain sementara tunggu pokok ni berbuah.” Si expert menerangkan, Aline Eddina.

“ Ini ke pokoknya?.. bunganya dah berkembang” Kay Melissa berdiri di hadapan pokok Hylocereus undatus yang lain sambil melihat2 bunga yang berkembang itu.

“Petiklah.. “ Kyriell mengsyorkan. Kay Melissa hampir memetik bunga itu tapi di halang oleh Kir Nadzi.

“Wait a minute.. isn’t that too easy.. jumpa je terus boleh petik..” kata2 Kir Nadzi membuat mereka semua ragu2 mahu memetik bunga itu.

“ Memetik bunga mesti berwaspada,
Mengunakan kuasa tidak kekuatan jauh sekali,” Indra Kurniawan membacakan semula pantun yang diberi oleh Destiny Aninda sebelum mereka memulakan perjalanan.

“So meaning that kita mesti menggunakan akal?” Lenst Joeshua berkata selepas berfikir seketika. Mereka semua mengalihkan pandangan ke arah Aline Eddina.

“What??” Aline Eddina bingung.

“Kau kan expert dalam bidang ni? Kau tahu tak caranya?” Kyriell bertanya.

“Selain kita mesti berhati2 memegang bunga ini sebab durinya.. aku tak tahu apa benda yang melindungi bunga ni..” Aline Eddina berterus terang.

“Kay pulak? Kau kan kenal Destiny Amanda.. dia tak bagitahu kau cara2 nak petik bunga ni ke??” Luke memandang Kay Melissa.

“She tell me nothing.. waktu tu kami masih budak2.. manalah kami fikir pasal bunga2 ni.. nama je kebun Amanda.. tapi Ayahnda dia yang uruskan kebun ni..” Mereka semua membuat muka hampa mendengar jawapan Kay Melissa.

“Apa yang sebenar bahaya mengenai bunga ni?” Kir Nadzi kebosanan.

“Bunga tu akan beracun bila dipetik. Ia akan mengalirkan racun ke seluruh badan kemudian akan melemahkan system imunisasi dan otot2 kita. Bunga ni juga boleh membunuh secara perlahan2. asalnya bunga ni adalah bunga biasa. Tetapi telah diracun oleh Lye bertujuan untuk membunuh Destiny Amanda.” Tiba2 seorang gadis yang memakai topeng muka separuh menyampuk. Gadis itu juga memakai uniform protégé..

“Siapa awak?? “ Kay Melissa bertanya. Walau siapa pun gadis itu.. mereka semua belum bersedia untuk berlawan.

“Saya Cuma nak membantu..” Jawab gadis itu ringkas.

“apa yang awak boleh Bantu kami?” Luke Idwarda pula bertanya.

“Bantu kamu selesaikan task pertama kamu..” Jawab Gadis itu dengan tenang.

“Okay.. macam mana nak petik bunga ni tanpa kena racun..” Kyriell tidak mahu membuang waktu.Gadis itu memandang bunga yang cantik itu.. lama.

“Dengan menggunakan akal.. tetapi masih terlalu bahaya untuk kamu..” Gadis itu menghela nafas seketika.. 7 protégé menunggu dengan sabar. “Saya boleh Bantu kamu memetik bunga tu. tapi kamu mesti kalahkan saya dulu.” Gadis itu memberi cabaran. Tidak mahu protégé2 itu mendapat apa yang diingini mereka dengan mudah.

“Okay.. “Lenst Joeshua menjawab dengan yakin.

“Dan kamu mesti kalahkan saya dalam masa 5 jam.. sebab bunga itu hanya berkembang dalam tempah 7 ke 8 jam.” Gadis itu tersenyum melihat muka2 tegang 7 protégé.

“Saya dulu..” Kay Melissa mendekati gadis itu.. Gadis itu mengangguk.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Hutan Maya!! Sphinx..” Kelihatan sejenis makhluk yang mempunyai kepala manusia, berbadan singa dan mempunyai sayap yang besar.. haiwan itu kepercayaan kaum Egypt satu ketika dahulu, Sphinx dan di wujudkan di hutan maya yang di kawal Kay Melissa. Sphinx itu berterbangan di udara.. Gadis itu masih lagi tersenyum.



“"What has 4 legs in the morning, 2 at noon, and 3 at night? The answer is.. Man!” Selepas saja gadis itu menoktahkan ayatnya.. imej sphinx yang terbentuk oleh hutan maya berkecai.

“Ahh!” Kay Melissa terpelanting apabila hutan mayanya tidak dapat dikwal olehnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Giliran saya..” Indra Kurniawan melangkah dengan yakin.

“silakan..Indra kurniawan..” seyakin2 Indra Kurniawan.. Yakin lagi gadis itu..

Indra Kurniawan melakukan serangan dengan pantasnya.., tetapi sepantas itu juga gadis itu membalas serangannya sambil tersenyum. Gadis itu terlalu tenang.. Indra Kurniawan mencuba lebih pantas dari gadis itu sehingga dirinya sendiri yang mengalami kecederaan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Siapa lagi yang ingin mencabar??” Tanya gadis itu setelah Indra Kurniawan dan Kay Melissa mengalami kekalahan.

“Saya!” Lenst Joeshua berjalan menghampiri gadis itu.. Tangannya bertaup rapat diramas2kan hingga memercikkan cahaya merah. Dari langit yang kosong itu muncul sebilah pedang misteri dalam gengaman Lenst Joeshua. Gadis itu juga berbuat seperti itu.. Cuma buatan pedang misteri itu tampak lebih kemas dan berwarna putih.

Lenst Joeshua menghayunkan pedangnya ke arah Gadis itu.. dan melakukan serangan bertubi2.. gadis itu hanya menangkis tanpa melakukan serangan balas. Selepas beberapa ketika kelihatan riak kepenatan diwajah Lenst Joeshua. Dan ketika itulah gadis itu melakukan serangan balas bertubi2 membuatkan Lenst Joeshua berundur hingga terasak ke sebuah pokok besar.Jarak bucu pedang gadis itu tinggal sejengkal lagi untuk menyentuh tubuh Lenst Joeshua. Tetapi gadis itu tidak meneruskan serangannya malah menghunuskan pedangnya ke udara.

“Sasaranku langit!” Pedang misteri itu hilang secara tiba2.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kamu hanya ada masa beberapa jam lagi..” Gadis itu mengingatkan.

“Ya.., kami ingat. Untuk menjimatkan masa, kami ber4 akan menentang kamu secara serentak..” Kyriell berada di bahagian utara gadis itu. Kir Nadzi pula berada di bahagian selatan, Aline Eddina bahagian timur, dan Luke Idwarda bahagian barat. Mereka melakukan serangan secara empat penjuru dengan serentak.

“Dinding Cahaya!” Cahaya berwarna putih melindungi gadis itu dari 4 penjuru serangan itu. Tetapi dinding itu tidak dapat bertahan lama apabila 4 protégé itu tidak berhenti2 mencuba. Luke mengunakan pokok2 di kebun itu dan membalingkan ke arah gadis itu.. Kyriell mengawal unsur angin dan membuat taufan. Aline Eddina mengawal unsur air dengan tangkas.. Kir Nadzi mencuba untuk menghapuskan dinding cahaya itu dengan unsur api. Setelah dinding cahaya itu berkecai, gadis itu terpelanting hingga melanggar pokok besar di kebun itu.. walaupun dalam kesakitan gadis itu bertepuk tangan sambil tersenyum.

“Tak susahkan menewaskan musuh dengan kerjasama kumpulan..” Gadis itu melangkah ke bunga yang berkembang cantik itu.. dengan mudah dia memetik bunga itu dan menyerahkan kepada Aline Eddina. ”balik sekarang.. hari dah gelap.. bererti kamu akan terdedah kepada bahaya yang lebih besar..” Mereka semua mengangguk. Faham akan arahan gadis itu.

“Terima kasih..” Kyriell mewakili semua 7 protégé. Gadis itu mengangguk.

“Saya kenal awak ke?” Kir Nadzi meluahkan rasa hatinya sedari tadi semenjak bertemu dengan gadis itu. Gadis itu tersenyum.

“Pergilah.. hari dah gelap.. Tak penting awak kenal saya ke tidak.. yang penting saya akan sentiasa berada di sisi awak..” Kir Nadzi memandang gadis itu. Tetapi topeng yang dipakai oleh gadis itu mengganggu pandangannya.

“Jomlah Kir..” Luke Idwarda menarik tangan Kir Nadzi yang masih tidak puas hati dengan jawapan gadis itu.. setelah kesemua 7 protégé berlalu.. gadis itu mengeluh panjang..

.

0 comments:

DestiNY FrienD!!