CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Thursday, July 16, 2009

Destiny...14

"Eh! nanti ada masa kita jalan2 nak tak? aku dengar ada cafe baru buka.. cafe cake nama dia.. nak gak try cake dia.. sedap ke tak.." Kay Melissa memecah kebisuan.. Dia, dan Aline Eddina berkumpul di bilik Syakylla untuk malam ini..

"Oo.. cafe tu ya.. hari tu lagi kan dia buka.. Hari tu Kylla da ajak Kir.. tapi Kir busy memanjang.." Syakylla menarik muncung..

"Alalala.. abang Kir busy.. Cian dia.."Aline Eddina mengusik Syakylla. Kay Melissa tertawa.Tegah seronok mereka berborak tiba2 pintu bilik Syakylla diketuk kuat.. berkali2..

"Siapa tu??" Tanya Aline Eddina panik dan suara yang kecik...

"Entah2 Lye tak?? "Bisik Kay Melissa pula. Syakylla mengerut dahi.. 'agak2la Lye pun..dah tengah malam ni.. dia tak pandai tidur ke??

"Wei.. aku belum ada Ilmu yang cukup ni nak melawan dia.." Bisik Aline Eddina pula.. Syakylla.. 'no comment'..

"Wei Korang! dah tidur ke??" Kedengaran suara Indra Kurniawan dari luar.. Aline Eddina dan Kay Melissa menarik nafas lega. Dengan geram Kay Melissa membuka pintu pilik itu..

"Korang ni buat kitaorang panik jelah.." Marah Kay Melissa. ke4-4 orang pemuda itu tersengih bak kerang busuk.. ' eh! wait a minute.. 4 orang je?? mana pergi yang sorang tu??' Kay Melissa mengerut dahi.

"Eh! Mana Lenst?" Tanya Syakylla.. Aline Eddina yang mendengar pertanyaan Syakylla turut memuatkan badannya di muka pintu itu..

"Yalah.. mana dia??" Tanya Aline Eddina pula..

"Tulah yang kami nak tanya ni..Lenst ada kat dalam bilik ni tak?" Tanya Luke Idwarda dengan muka selamba..Satu ketukan di kepala di terima oleh Luke Idwarda.

"Soalan cepumas apa yang kau tanya ni??" Marah Kay Melissa. Luke Idwarda menggosok2 kepalanya.

"Bukan begitu maksud Luke.. sebenarnya kami dah cari Lenst merata tempat da.. tapi masih tak jumpa.. so kami dengan selambanya buat conclusion dia ada dengan korang.. mana tau nak join bercerita dengan korang.."Terang Kir Nadzi.. Kyriell mengangguk tanda menyokong kata2 temannya itu.

"Takde pulak.. sekeliling Castel takd ke?? Dah bagitahu Destiny Aninda dan Ray Mikail??" Tanya Syakylla dalam kebimbangan...dari tadi dia tak sedap hati..

"Dah..Dorang berdua dah tengah cari.. tapi masih tak jumpa.." giliran Kyriell menjawab soalan dari gadis2 itu.

"Eh! korang dengar tak bunyi pedang?" Tanya Aline Eddina bila terdengar bunyi lagaan pedang.

"Laa.. takkan dia berlatih lagi waktu2 begini.." Kata Kay Melissa..yang lain menarik nafas lega apabila mendengar bunyi itu.. Sangka mereka Lenst Joeshua masih berlatih..

"No.. work with me please,, itu bunyi lagaan pedangla!!" Marah Aline Eddina dalam kebimbangan..Serentak dengan itu mereka semua berlari ke arah bunyi pedang itu..Kir Nadzi menyuruh Syakylla tunggu di dalam biliknya.. lagi selamat untuk gadis itu.. Syakylla hanya mengikut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Arrhhh!" Jerit Lenst Joeshua menahan kesakitan apabila pedang hitam yang dikelilingi dengan asap berwana hitam juga menusuk di bahunya.. Bila kali ke2 pedang itu mahu menyentuh tubuh Lenst Joeshua untuk kali ke2.. Pedang Destiny Aninda terlebih dulu menghalang..

"Wah.. kita jumpa lagi Aninda!" Kata Lye dengan muka bongkaknya.

"Ya kita jumpa lagi!.." JAwab Destiny Aninda dengan yakin.. Walaupun masih tidak yakin dengan kuasa yang ada padanya sekarang.. Kuasa protege akan menurun mengikut peringkat umur..

"Aku dah cakap Aninda! Kau bukan penghalang!" Masih lagi dengan bongkaknya. Ray Mikail mengeluh kasar..Lye terlalu cepat muncul dari jangkaan mereka. Kyriell,Kir Nadzi,Indra Kurniawan,Luke Idrwarda, Aline Eddina dan Kay Melissa terkejut dengan kehadiran seorang lelaki yang berpakaian hitam di depan Destiny Aninda itu.

Buat seketika hanya terdengar lagaan dari pedang Lye dan Destiny Aninda. Lenst Joeshua sedang terbaring kesakitan. Protege yang lain tidak dapat membantu kerana dihalang oleh Ray Mikail..terlalu bahaya untuk protege2 yang masih dalam latihan itu..

"Ahh!!" terdengar jeritan Destiny Aninda apabila dirinya terpelanting jauh dari Lye.. Lye tersenyum mengejek.. Belum sempat Ray Mikail mahu menolong, terbang satu pisau kecil yang bercorak klasik dan diselubungi dengan api menikam bahu Lye..

"Arrghh..Tak guna!!" Jerit Lye.. Dia cuba mencabut pisau yang tembus di tubuhnya itu.. Destiny Aninda terkejut dengan kehadiran pisau itu..

"Hei!! kalau kau kuat sangat! munculkan diri kau!!" Jerit Lye sambil matanya tercari2 siapa gerangan yang berani menentangnya..

"Pengecut!!" Jerit Lye lagi.. protege2 lain berpandangan sesama sendiri.. di kepala mereka sudah tertulis satu nama! 'gadis misteri tu!'

"Diam bukan pengecut.. Kuat tak semestinya berani" Kedengaran suara Destiny Amanda.. tapi tubuhnya masih tersembunyi.Lye mencebik.

"Siapa kau?! kalau betul kau tak pengecut.. munculkanlah diri kau tu!!" Cabar Lye..

"Buat apa?? untuk berlawan dengan kau?? Kita berdua tahu akan kebolehan kau setakat mana.. jangan nak berlagakla Lye.. kau bukan lawan aku!!" Kata Destiny Amanda cuba memancing kemarahan Lye..

"Kurang ajar!!! nyah kau!!" Marah Lye sambil melibas2 pedang misterinya.. Destiny Aninda tersenyum sinis..

"Kemarahan itu syaitan dalam diri Lye.. kau akan musnah dengan kemarahan.." Sindir Destiny Aninda. Lye memandang tajam wajah Destiny Aninda yang kelihatan berani.. Kyriell yang ingin membantu dihalang oleh Ray Mikail..

"Dia memang syaitan Aninda..sanggup membunuh teman sendiri.." Kata Ray Mikail sambil mendekati Destiny Aninda yang terbaring kesakitan.

"HAhahaha... memang.. dan kali ini.. aku tak teragak2 nak bunuh kamu berdua.. oh ya.. termasuk protege2 kamu ini.." Kata Lye dengan kebongkakan..

"Jangan bongkak! kau belum berhasil mengumpulkan kuasa2 kau sebab kehilangan pedang Destinyx kan? sebab itu kau menyerang Lenst.." Bidas Destiny Amanda lagi.. Lye tergamam.. 'siapa perempuan ni?!!'

"Hurm!...aku akan pastikan kamu semua mati di tangan aku!!" Sejurus itu, Lye terus menghilangkan diri.. Destiny Aninda terbatuk2 kecil.. Aline Eddina dan Kay Melissa menghampiri Destiny Aninda.. Kyriell, Indra Kurniawan, Kir Nadzi dan Luke Idwarda membantu Lenst joeshua..

"Hantar Lenst ke bilik rawatan.. saya tak apa2.." Arah Destiny Aninda.. mereka semua berjalan masuk ke dalam castel.. sempat lagi Destiny Aninda menoleh ke belakang..tercari2 siapa gerangan gadis yang menolong mereka.. Destiny Amanda berpeluk tubuh di atas pokok besar.. menenangkan diri..Destiny Aninda memegang sekejap tangan Ray Mikail..

"Kita kena cari pedang tu sebelum Lye.." Bisik Destiny Aninda kepada Ray Mikail.. RAy Mikail mengangguk....

0 comments:

DestiNY FrienD!!