CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Thursday, April 30, 2009

Destiny...4

“Indra boleh tolong ambilkan rekod kedatangan kelas ni di meja cikgu..” Indra tersenyum..

“Boleh cikgu..” Kemudian dia berlalu keluar kelas. Namun masih kedengaran suara cikgunya yang menyuruhnya agak cepat sedikit.. ‘cepat’ fikirnya..

Kemudian dalam masa 1 minit dia sudah sampai ke bilik guru walaupun pada asalnya perjalanan kebilik guru dari kelasnya mengambil masa 4 minit. Dia tersenyum kemudian memandang sekeliling. Takut ada yang menyedari kelebihannya itu. Selain cuba menyembunyikan kepintaran IQnya.. Indra Kurniawan juga menyembunyikan kelebihannya yang boleh berlari cukup pantas malahan lebih pantas dari haiwan perang iaitu kuda. Dalam masa tidak sampai dari 2 minit dia sudah sampai ke kelasnya.

“Aik? Cepatnya?” seluruh kelas kehairanan.

“Cikgu lupa yang cikgu letakkan kat library?” Indra Kurniawan menanya selamba. Library sebenarnya bersebelahan dengan kelas mereka.

“Oo.. ok, duduklah..” Indra Kurniawan menahan gelak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“The faster.. kita dah jumpa yang ke3.. Dan mungkin yang ini kau yang patut jumpa dia.. Nampak perempuan lawa macam kau ni mungkin dia takkan lari..” Ray Mikail berseloroh.

“Okay.., mungkin kami patut main kejar2 dulu,..” Destiny Aninda ikut berseloroh kemudian menjalankan tugasnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Indra Kurniwan.!” Indra Kurniwan terkejut mendengar seseorang memanggilnya dengan lantang.

“Ya saya.., ada apa yang boleh saya tolong?” Destiny Aninda tersenyum manis.

“Yup. Saya perlu hantar surat ni dengan cepat. Dan ada orang bagi tahu saya yang awak memang cepat berlari.” Kata Destiny dengan selambanya. Indra Kurniwan pucat.

“Hah? Takdelah kak.., saya kalau setakat pelari sekolah bolehla..” Indra Kurniwan masih berselindung.

“Oh ye ke? Sayangnya.., kereta kakak tak boleh masuk jalan yang sempit tu., macam mana nak hantar surat ni. Rumah dia dekat je lagi. Kalau kakak yang hantar mesti lambat sampai.” Destiny Aninda membuat muka kecewanya.Indra Kurniwan seakan kasihan melihat wanita itu.

“Important sangat ke kak sampai nak rushing?” Indra Kurniwan mahu mendapat kepastian. Lagi pula jalan yang ingin dilalui itu suram dan sudah tentu tidak ada orang yang akan melihatnya menggunakan kelebihannya.

“Important sangat.., hidup dan mati kakak bergantung dengan surat ni je.” Destiny Aninda masih lagi mempamerkan wajah kecewanya.

“Okaylah kak, saya cuba hantar surat tu.” Indra Kurniwan akhirnya mengalah. Destiny Aninda tersenyum.

“Thanks.. ini alamatnya.” Setelah menyerahkan surat dan Alamat. Indra Kurniwan melakukan tugasnya. Mulanya dia hanya berjalan perlahan dan apabila dia pasti yang wanita itu tidak melihatnya, dia menggunakan kelebihannya.Destiny Aninda yang masih melihat tersenyum lagi.

Sampai ke alamat tersebut Indra Kurniwan pelik., Tidak ada sebuah rumah pun di sana, dan yang ada hanyalah rumah usang.

“Get you..” Kata Destiny perlahan. Indra Kurniwan melihat Destiny Aninda yang ada di belakangnya. Dia hairan melihat wanita itu boleh mengejarnya.

“Siapa awak sebenarnya?” Indra Kurniwan bersedia untuk mempertahankan diri.

“Janganlah takut. Saya sama macam awak juga. Ini kad saya. Pergi ke alamat ini dan saya akan jelaskan semuanya.” Seperti yang lain2, Indra Kurniawan juga pelik melihat alamat itu.

“Bukit Destiny? Itukan bukit terbiar.” Indra Kurniwan mengerut dahi.

“pernah rasa gula2 ni?” Destiny Aninda menunjukkan sebiji gula2. “gula2 ni akan rasa pahit pada mulanya dan kemudian akan menjadi manis. Seperti juga bukit itu, mulanya awak hanya nampak hutan yang tebal. Tapi percayalah, awak akan jumpa sebuah istana yang cukup indah di sana. Datangla, saya akan menunggu awak.” Destiny Aninda meninggalkan Indra Kurniwan begitu sahaja. Indra Kurniwan menyimpan kad itu di dalam poketnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

0 comments:

DestiNY FrienD!!