CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Monday, April 27, 2009

Destiny...1

Destiny…June 1997..,

Destiny Aninda terpelanting jauh apabila menerima serangan dari musuhnya Lye.., temannya Ray Mikail sudah tidak dapat membuat apa2 kerana kecederaan dalaman. Destiny Aninda berdiam diri seketika untuk mengumpul semula kuasanya. Kemudian pedang yang terukir cantik dan bermisteri itu muncul dalam pegangannya. Bersedia untuk menewaskan musuhnya,

“Lye! Aku beri peluang terakhir buat kau! Berjalan ke arah kebenaran atau pedang ni menjadi penamatnya!” Terpamer ketegasan di wajahnya.

“Pulang semula kepada kebenaran? Dan kembali menjadi orang bawahan kau?! Jangan pernah kau berharap!” Lye sudah mengeluarkan pedangnya. Padanya, dia tidak akan kalah pada wanita itu.

“Tidak ada istilah orang bawahan dalam Destiny Protégé! Kita semua bersahabat dan saling bantu sesama lain! Dan dengan membunuh guru sendiri bukan caranya untuk menjadi kuat!” Sukar untuk dirinya mengingati bahawa ibunya Destiny Aliya terbunuh di tangan kawannya sendiri.

“Ah!! sahabat?? sahabat dengan cara merendahkan sahabatnya sendiri?? Itu istilah sahabat bagi kamu! Aku tak perlukan sesiapa untuk menjadi kuat! Dan dengan membunuh perempuan itu dan membunuh semua protégé aku boleh takluk dunia ni!!” Lye bercakap dengan angkuhnya. Berbeza dengan Lye yang dulunya sering tersenyum padanya.. yang sering menolongnya.

“Kalau begitu aku tidak teragak2 untuk membunuh kau Lye!!” Perasaannya bercampur baur.. terlalu payah untuk mengambil nyawa sahabat sendiri. Di kumpulkan tenaga dalamannya dan kemudian Destiny Aninda merenung tajam kearah Lye. Lye sudah sedia untuk mempertahankan diri.

Untuk seketika, cuba kedengaran bunyi pedang misteri itu berlaga sesama sendiri. Kemudian kedua2nya terpelanting jauh apabila kedua2 aura bertembung satu sama lain. Kemudian sebaik sahaja melihat musuhnya masih terbaring kaku, Destiny Aninda mengagahkan diri berdiri kemudian berjalan ke arah musuhnya.

“Aku tak pernah pandang rendah akan kemampuan kau, begitu juga protégé yang lain. Apabila kau hilang kami semua risaukan kau. Tetapi kau kembali dengan dendam dan ia begitu mengecewakan aku apabila kau berpaling pada ajaran sesat..” Destiny Aninda berkata dengan sedihnya. Kemudian dia bersedia mengangkat pedangnya untuk di hunuskan ke tubuh Lye. “ Jangan pernah salahkan aku.., sebab kau yang dahulu kejam pada diri kau sendiri.” Dan dengan tidak teragak2 pedang misteri itu terhunus tepat di perut Lye. Lye mengerang seketika kemudian tersenyum.

“Apa yang aku tahu. Aku tetap akan menakluk dunia ni. Dan kau bukanlah penghalang!” Lye sempat bersuara sebelum menghempuskan nafas terakhirnya secara tragis.

“ Hidup aku hanya untuk berkhidmat selagi termampu. Dan musuh ku hanya kau Lye!” Destiny mengembuskan nafas dengan keras. Banyak teman2nya terbunuh kerana kesesatan Lye. Ibunya juga terkorban. Dia merenung mayat Lye yang terbujur kaku. Seakan menghantar maklumat ke otaknya dia terus merenung mayat itu.

“Burn.” sejurus selepas itu, mayat Lye terbakar hingga menjadi abu kemudian berterbangan meredah awan. Dia beralih kepada Ray Mikail yang tercedera parah.

“Semua dah berakhir..” Kata Ray Mikail perlahan.

“Tidak lagi. Kau mesti ingat, Lye pengamal ajaran sesat. Dalam beberapa tahun akan datang pasti dia muncul semula.” Destiny Aninda memapah Ray Mikail hingga ke kereta. Jenazah2 temannya akan di uruskan kemudian.

“Jadi? Apa kita akan buat? Semestinya dia kembali dengan kuasa yang cukup kuat. Kita hanya tinggal berdua. Ibu Aliya pun turut terkorban.” Ray Mikail runsing.

“Kita mesti mencari protégé baru secepat mungkin.” Destiny Aninda menjawab perlahan. “Kita tak perlu terlalu bimbang. Allah tetap bersama kita.” Destiny Aninda memandang Ray Mikail yang menahan kesakitan.

“Aku harap kita akan jumpa protégé baru secepat mungkin. Tetapi susah untuk kita mencari Indigo yang mempunyai kuasa dalaman. Kebanyakkannya hanya orang biasa,” Indigo ialah kanak2 yang memiliki IQ lebih dari 100.

“Insya_allah kita akan jumpa.” Destiny Amanda menjawab pasti.

“Bagaimana dengan Amanda?” Ray Mikail bertanya perihal adik Destiny Aninda yang baru berusia 5 tahun. Kasihan budak sekecil sudah kehilangan tempat bermanja.

“Dia Cuma kanak2 biasa. Dan aku akan hantar dia ke keluarga angkatnya. Aku mahu dia hidup seperti kanak2 lain. Yang punya cukup kasih sayang.” Destiny menjawab sedih. Hanya Destiny Amanda sahaja keluarganya. Tetapi dia tidak boleh pentingkan diri. Destiny Amanda berhak mendapat kasih sayang ibu dan ayah walaupun bukan ibu dan ayah yang sebenarnya.

“Kau pasti dia bukan Indigo?” Ray Mikail meluahkan keraguannya.

“Ya. Aku pasti. Yang penting sekarang kita mesti kembali ke Istana Destiny. Kita mesti cepat merawat kecederaan kau.” Ray Mikail hanya mengangguk. Kemudian matanya singgah sebentar ke tempat pertempuran yang meragut kesemua teman2nya.. kini hanya tinggal dia dan Destiny Aninda untuk mencari protégé baru. Tidak tahu berapa lama masa yang mereka ambil untuk mencari ketujuh2 protégé. Tetapi mereka mesti mencari pewaris Destiny Castel

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Destiny..Jan 2009..

“Kyriell! Sudah2 lah bermain pedang tu.. meh jamu sikit makanan ni.” Kelihatan Tengku Hasny mengangkat dulang makanan dan meletakkan ke atas meja2 taman yang kelihatan klasik itu. Kyriell tersenyum. Kemudian berjalan mendekati ibunya.

“ibu yang buat ke kuih ni?” Kyriell memengigit sedikit cekodok pisang itu.

“Yalah.. eh! Mana Ayah kamu?” Tengku Hasny bertanya apabila tidak ternampak suaminya itu.

“Tu ayah sedang bercucuk tanam. Ayah nak tukar kerja jadi tukang kebun ibu..” Kyriell berseloroh. Tengku Hadi yang terdengar percakapan anaknya menyampuk.

“Yelah..dah kamu lambat sangat nak ambil alih syarikat ayah tu. “ Tengku Hadi mengambil tempat duduk di sebelah isterinya.

“Apa kaitannya ayah.. lagipun Kyreill baru 17 tahun.. mana layak nak teraju syarikat ayah tu..”Tengku Hadi tersenyum.

Kyriell mengalih pandangan ke beranda berhadapan dengan halaman rumahnya apabila terlihat kucing kesayangngan ibunya tersilap langkah dan ingin terjatuh. Tanpa pengetahuan ibu dan ayahnya yang sedang enak menjamu selera, Kyriell memandang tepat ke arah kucing yang terjatuh itu. Dan sebelum sempat tubuh kucing Parsi itu menyentuh di tanah, tubuh kecil itu seakan terapung kemudian dengan perlahan kucing itu terbaring di tanah tanpa ada sebarang kecederaan.

Kucing itu memandang Kyriell dengan pandangan pelik. Kyriell hanya tersenyum melihat gelagat kucing itu kemudian menjungkit bahu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Aninda! Kita dah dapat kesan protégé pertama!” Ray Mikail menjerit gembira. Destiny Aninda tersenyum melihat gelagat Ray Mikail yang seperti kanak2 baru mendapat gula2. padahal umur mereka sudah mencecah 29 tahun. Tetapi dia turut gembira dengan perkhabaran itu.Permulaan yang baru bagi mereka.....

0 comments:

DestiNY FrienD!!