CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Saturday, May 23, 2009

Destiny...9




“Graviti!” serta merta benda2 di sekelilingnya terapung-apung di udara. Kerana tidak adanya tarikan gravity. Luke Idwarda tersenyum. Kedengaran seseorang gadis menepuk tangan.

“Wah! Hebat.., “ Gadis yang di kenali sebagai Anda itu tersenyum.

“thanks., atas ajaran awak juga..” Luke Idwarda meneguk air mineral yang dibawanya.

“Tapi awak pun apa kurangnya. Saya cuma mengajar walaupun tak mempunyai kuasa seperti awak. Kemahiran awak bergantung kepada diri awak sendiri.., mungkin siapa tahu kalau di izinkan Allah SWT, awak pulak yang boleh terapung macam benda2 tu..” Anda memuji kemahiran Luke Idwarda.

“Anyway, siapa sebenarnya awak ni? Nama penuh awak pun saya tak tahu..” Luke Idwarda mengalihkan pandangannya kepada gadis itu. Gadis itu tersenyum manis.

“Sampai masa awak tahu juga.. awak mesti ingat ajaran saya ya..dan kalau ada orang datang menjumpai awak atas nama Destiny Aninda atau Ray Mikail, awak ikut je.. sebab mereka memerlukan bantuan awak semua..” Anda menarik nafas panjang.

“Semua? Maknanya ada orang kain lagi macam saya?” Luke Idwarda inginkan kepastian. Anda mengangguk.

“Awak orang terakhir yang mereka jumpa. Awak bolehkan tolong mereka?” Anda memandang wajah Luke Idwarda.

“Baiklah..” Anda menarik nafas lega.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“At last.. protégé terakhir.. “ Ray Mikail tersenyum. Destiny Aninda yang tengah menkaji buku2 yang di ambilnya dari perpustakaan turut tersenyum.

“Kita pergi berdua.. sebab ini yang terakhir..” Destiny Aninda memberi cadangan.

“Okay..” Ray Mikail mengambil kunci keretanya.. “Jom..”.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Assalammualaikum..,” Ray Mikail memberi salam kepada budak lelaki di hadapan mereka itu.

“Waalaikumsalam.. “ Luke Idwarda teringat akan kata2 Anda beberapa hari lalu. “Ray Mikail dan Destiny Aninda kan?” pertanyaan Luke Idwarna mengejutkan mereka berdua.

“Macam mana kamu tahu?” Destiny Aninda memandang Luke Idwarda.

“Seorang kawan yang bagitahu.. saya akan bantu kamu..” Luke Idwarna memberi senyuman manis buat tetamunya itu.

“Siapa kawan awak? “ Ray Mikail masih was-was..

“Saya pun tak tahu.. dia kata nama dia Anda dan yang lain2 dia langsung tak nak bagitau.. dia ajar saya macam mana nak mengawal Unsur dengan baik walaupun kawalan saya masih belum sempurna..” Luke idwarna menjemput tetamunya duduk.

“ Dia pun boleh mengawal unsur ke?” Destiny Aninda bertanya. Luke Idwarna menggeleng.

“Dia tak ada kuasa., tapi dah beberapa hari dia menghilang.. selalunya petang2 begini dia akan datang di sini melihat saya berlatih..dia kata saya mesti tolong kamu semua.” Luke Idwarda menerangkan.. Ray Mikail dan Destiny Aninda mengangguk faham.

“Kalau begitu.., awak datang ke bukit Destiny hari Ahad ni..” Ray Mikail menyerahkan kad namanya.. Luke Idwarda mengangguk…


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Assalammualaikum semua 7 protégé..” Destiny Aninda menghadiahkan senyuman manis untuk ke7 protégé itu. Ray Mikail turut tersenyum. Senang melihat ketujuh2 protégé itu. Ketujuh2 protégé itu duduk dengan tenang. Menunggu penjelasan dari Destiny Aninda dan Ray Mikail yang berdiri di hadapan mereka.

“Waalaikumsalam, “ kesemua mereka menjawab.

“Saya tahu ada yang belum jelas dengan matlamat Destiny ni. Kami ada menyediakan satu slide show. Kita tengok dulu lepas tu sebarang soalan kamu boleh Tanya selepas ini.” Ray Mikail memasang Slide show itu. Tertera gambar Lye di screen itu.

“ Ini Lye Mikail. Dia dulunya ialah seorang protégé seperti kamu semua. Tetapi di antara kesemua protégé, dia ialah protégé yang paling lemah. Jadi kerana sudah terpengaruh dengan hasutan iblis. Lye mengikuti ajaran sesat. “ Destiny Aninda menjelaskan kepada ke7 protégé. Kay Melissa mengangkat tangannya.

“Ya Kay ada apa?” Destiny Aninda mengalihkan perhatian kepada Kay Melissa.

“Bukan Lye sudah di bunuh beberapa tahun dulu? Kenapa mesti mention pasal dia lagi?” Ray Mikail tersenyum mendengar pertanyaan adiknya. Terlalu banyak yang diketahui oleh adiknya.

“Ya Lye sememangnya sudah mati. Tapi bila kita menyebut mengenai ajaran sesat…” Ray Mikail terhenti seketika., kedengaran suara Kitty mengiau di luar bilik Mesyuarat itu. Ray Mikail mengalihkan perhatian kepada Destiny Aninda. Kemudian Destiny Aninda berjalan keluar, melihat apa yang membuat kucing parsi itu mengiau dengan bisingnya. “Okay,, sambung balik yang tadi, Lye pada dasarnya sudah mati, tapi kerana dia menganut ajaran sesat jadi Lye akan muncul semula. Kita mesti berhati2 dari sekarang..” Mereka semua mengangguk mendengar kata2 Ray Mikail.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hey Kitty,, kenapa ni?” Tanya Destiny Aninda sambil mengusap2 kucing itu. Dia melihat2 di sekitar Destiny Castel itu, setelah puas hati tidak ada apa-apa yang mencurigakan. Destiny Aninda kembali ke bilik Mesyuarat.

Raut wajah itu mengukirkan senyum apabila melihat Destiny Aninda tidak dapat mengesannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Okay.. jadi kau semua dah faham kenapa kamu semua di kumpulkan di sini?” Destiny Aninda tiba-tiba mencelah penerangan Ray Mikail sambil tersenyum.

“Yup..” Lenst Joeshua menjawab mewakili semua.

“kalau begitu, task pertama kamu ialah…” Ray Mikail memandang Destiny Aninda. Meminta Destiny Aninda menyambung ayatnya,

“Memetik bunga dari Hylocereus undatus jantan.”

“Hah!” mereka semua mempamerkan wajah terkejut..

“Kita nak jadi pekebun ke ni?” Kir Nadzi bertanya. Kyriell tersenyum mendengar pertanyaan sahabat barunya itu.

“Saya belum habis cakap lagi..” Mereka semua terdiam seperti di pukau. “saya akan bagi hint.” Destiny Aninda membuka gulungan kertas berwarna merah hati di hadapannya. Kemudian membaca isi kandungan kertas itu dengan lantang.

Sumpah mahsuri sebagai balasan,
Terhadap fitnah manusia durjana,
Hylocereus undatus bunga taman Larangan,
Jika memetik maut jadinya..

Jika teringin menyunting si dara,
Ayah bondanya perlu di tempuhi,
Memetik bunga mesti berwaspada,
Mengunakan kuasa tidak kekuatan jauh sekali,

“Habis tu kalau bahaya petik bunga tu apasal nak putik juga,..” Indra Kurniawan bertanya dengan muka blur. Kesemua di sana tersenyum.

“Indra.., kalau awak dah tahu awak akan membuang , kenapa awak makan juga..” Kata Destiny Aninda bersama kiasan.

“Sebab saya perlu makan..”

“So, meaning that.. kita mesti tempuhi task ni dulu barulah layak kalahkan Lye..” Kay Melissa tolong menerangkan kepada Indra Kurniawan. Indra Kurniawan mengangguk tanda faham.

“so, di mana taman terlarang tu?” Kir Nadzi bertanya.

“Taman terlarang tu kebun Destiny Amanda.. aku rasa aku masih ingat tempat dia. Kalau tak silap, selatan bukit Destiny ni..” Kay Melissa cuba mengingat. Destiny Amanda pernah membawanya ke taman itu. Taman itu juga di penuhi bunga-bunga lain selain Hylocereus undatus itu.


“Okay,, you all may proceed your task now...” Ray Mikail mencelah perbualan protege2 itu.

“Baiklah.. jom semua kita pergi..” kata Aline Eddina dengan ceria.

“Cepat kita pergi, cepat juga kita selesaikan task ni..” Luke Idwarda mengajak teman2 barunya.. mereka semua mencuba menempuhi task pertama ini dengan penuh semangat….

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

0 comments:

DestiNY FrienD!!