CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Sunday, April 4, 2010

Destiny 19

“Pergi ke Destiny Castel dan sebarkan serbu putih ini ke segelap bilik destiny Amanda..” Lye menyerahkan sebungkus serbuk putih ke tangan Lynn.. Lynn mengambilnya dengan muka keliru..

“Kenapa mesti di bilik Destiny Amanda sahaja yang di anggap ancaman sehingga menyuruhkan aku menaburkan serbuk ini ke suluruh bilik? kenapa tidak menaburkan ia ke segenap Destiny castel? bukankah itu lebih baik?” Kata Lynn tanpa mengendahkan air muka Lye yang garang. Lynn tidak gentar dengan wajah itu.. Lye masih perlukannya dan tidak akan mengapa-ngapakan dirinya.

“Aku tak perlu menjelaskan apa-apa kepada kau! Pergi ke sana sekarang!” Marah Lye.. Lynn membuat muka tembok.

“Kenapa tidak perlu? selagi pedang Destinyx masih tidak di jumpai, selagi itu kau masih menggunakan kekuasaan aku.. Dan semestinyalah kau perlu menjelaskan semua perkara kepada aku..” Kata Lynn dengan sombongnya. Lye hanya menahan marah dan berlalu meninggalkan Lynn..Lynn merenung setiap langkah Lye. kemudian dia merenung serbuk putih itu.. Akhirnya di kerahkan juga dirinya melaksanakan tugasan dari Lye itu.

Di cermin tingkap bilik yang suram itu Lynn memerhati persekitaran bilik itu.Mujur tiada satu pun protégé yang menyedari dirinya telah berjaya memecah masuk ke destiny Castel. Lynn membuka bungkusan serbuk putih itu..Dan mulutnya terkumat kamit menuturkan mantera untuk meyebarkan serbuk itu keseluruh bilik Destiny Amanda. Kemudian bila sudah berpuas hati dengan hasilnya Lynn lantas menghilangkan diri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Korang semua, cepat bersiap sekarang.. Destiny Aninda sudah dapat mengesan pedang Destinyx tu.. “ Kata Kay Mellisa dengan cemas. Protege2 yg lain semua merenung Kay Mellisa dan kelam kabut menyiapkan diri mereka. Mereka pergi tanpa sempat berpesan kepada Syakylla yang sedang sibuk mencari Kitty.

“Kitty.. where are you? janganlah main sembunyi2.. Kylla penat tau mencari ni..” Kata Syakylla bersendirian. Peluh di kepala di kesat perlahan. Sudah puas mencari di segenap Destiny Castel itu.. Tapi masih tidak menjumpai kucing putih berbulu putih itu. “Kitty…” Sekali lagi dia memanggil.. Kemudian dia terdengar bunyi pelik dari bilik Destiny Amanda. Dia cuba mendekatkan telinganya di pintu bilik itu.. cuba mendengar dengan jelas. Bunyi seperti tingkap sedang di tutup perlahan. Perlahan2 juga Syakylla memusing tombol pintu dan menolak daun pintu. Bulat matanya melihat Kitty sedang terbaring lemah di satu sudut bilik. Cepat2 dia mengambil kucing putih itu..

“Habuk apa ni?” Katanya sendirian apabila menyedari bilik itu di selubingi habuk putih. Syakylla mengangkat Kitty dan cepat2 mahu membawa kitty keluar dari bilik itu. Tapi belum sempat kakinya melangkah keluar bilik, Syakylla sudah merasa dirinya keawang-awang kemudian terjatuh dan tidak sedarkan diri..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Nampaknya kita kena beradu untuk menentukan siapa yang layak mengambil pedang destinyx yang tertimbus tu..” Ke7 protégé, Ray Mikail dan Destiny Aninda terperanjat melihat makluk yang menyapa mereka seberntar tadi dan kini sedang tersenyum sinis memandang mereka semua. Lenst Joeshua sudah mengeluarkan pedangnya ingin menyerang Lye.

“Nanti!” Destiny Aninda menghalang Lenst Joeshua dari terburu-buru. Faham dengan arahan Destiny Aninda, Lenst kembali menyimpan pedangnya.

“Apa yang membuatkan kau fikir yang kau layak mengambil pedang Destinyx itu Lye?” Tanya Destiny Aninda bermain kata.

“Dan apa pula yang membuat kau layak mengambilnya wahai Destiny Aninda?” Tanya Lye kembali dengan nada sinis. Lynn yang menyelesaikan tugasnya berdiri di belakang Lye..

“Kita semua tahu setakat mana kebolehan kita.. apa kata kita bertanding secara adil?” Kata Ray Mikhail pula. Dia tahu apa yang Destiny Aninda cuba lakukan. Cuba melambatkan masa. Mereka menunggu The Clone datang seperti mana selalunya.Mana mungkin mereka mengalahkan Lye walaupun kumpulan mereka lebih ramai dari Lye.

“Ooo.. nampaknya Ray juga cuba bermain kata2.. Nampak seperti kamu cuba melambatkan masa.. Agak-agak berasa lama masa kamu perlukan? “ Kata Lynn pula dengan senyuman sinis. Dia dapat menganggak perancangan Ray Mikhail dan Destiny Aninda.

“Sebab The Clone takkan bangkit dari tidur yang lena..” Tambah Lye lagi. Mereka yang mendengar terkejut mendengar kata-kata Lye. Kedengaran suara Lye yang mentertawakan kekalahan yang bakal mereka hadapi.

“Destiny Aninda.. Apa kata saya rampas Pedang Destinyx tu..” Bisik Indra Kurniawan ke telinga Destiny Aninda memandangkan di boleh mengambil pedang itu dengan sepatas kilat..

“Tak boleh.. Cuma orang yang mahir ilmu pedang je boleh pegang pedang Destinyx. “ Jelas Destiny Aninda sambil berbisik kembali kepada Indra Kurniawan.

“Habis tu, kenapa tidak Destiny Aninda je yang ambil pedang tu?” Bisik Kay Melissa pula. Destiny Aninda menggeleng.

“Kalau bukan Lye sebagai tuannya, semestinya the clone atau Lenst..” Kata Ray Mikhail merujuk kepada pedang Destinyx.

“Nampaknya protégé kamu sudah tidak sabar mahu beradu tenaga..” Kedengaran suara Lye dari arah depan. Lye membiarkan kakinya di selubungi rantaian bunga-bungaan. Mereka semua memandang Aline Eddina yang dalam ketakutan.

“Aline.. hentikan.. Kita mesti memikirkan strategi sebelum menyerang..” Luke Idwarna memegang bahu Aline Eddina.

“No.. Lenst! cepat ambil pedang tu…” Jerit Aline Eddina. Dia yakin yang Lye tidak dapat lepas dari rantaian bunga-bungaannya. Lenst Joeshua cuba mendekati Pedang Destinyx itu walaupun di larang oleh Destiny Aninda.. Lye tetap dengan wajah sinisnya. dengan jarak semeter antara Lye dan Lenst joeshua, pedang di tangan Lye masih dapat menyentuh tubuh Lenst Joeshua dan membuatkan pemuda itu terundur ke belakang dan terus terduduk dengan tubuhnya yang berdarah. Lye memotong rantaian bunga-bungaan Aline Eddina dengan satu hayuan pedang sahaja dan membuatkan Aline Eddina terpelanting jauh dari tempatnya berdiri dan pengsan serta merta.. Destiny Aninda terkejut melihat adegan tersebut.

“Dua dah jatuh.. sekarang tinggal tujung orang lagi..Oo! silap, tiga dah jatuh.. sekarang tinggal tujung orang..” Kata Lynn yang sedari tadi memerhatikan gerak langkah Lye. Pedang Destinyx pernah menjadi milik Lye, dan bila saja berhampiran walaupun tanpa menyentuh pedang itu, Lye tetap akan mendapat sedikit kuasa dari pedang itu. Dan dia tidak terkejut dengan adegan Lye menewaskan dua orang protégé tanpa menggunakan kuasanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Tak guna! Serbuk putih tu bukan saya menbuatkan aku llemah, juga berupaya membuatkan aku lumpuh!” Kata Destiny Amanda dengan marah apabila dia tidak dapat mengerahkan kakinya untuk berdiri. Sekali lagi dia mencuba untuk berdiri tetapi terjatuh semula. Dia dapat merasakan 7 protégé, Destiny Aninda dan Ray Mikhail dalam bahaya dan dia di sini tidak dapat melakukan apa2.. semakin lama anggota badannya semakin memberat.. dia tidak dapat lagi mengangkat tangannya.. Destiny Amanda bernafas berat.. Apa ini kesudahannya? dia akan terus berbaring tanpa dapat melakukan apa-apa.. Seperti waktu dulu, dia membiarkan Destiny Aninda bertarung sendirian.. Air matanya berlinangan…..

2 comments:

syasya said...

wah!!! kung fu ka brown sugar machiato?? bes kan cerita ney?? saya suka prince..hahaha..comey2..

Megalisa said...

suka crita brown sugar machiato sgt2... tgh cari video dia kat youtube,,,

DestiNY FrienD!!