CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Wednesday, November 17, 2010

Destiny last

“Miaw…” Kitty yang mengiaw mengejutkan Destiny Amanda yang hampir terlena akibat daripada serbuk putih tadi. Perlahan-lahan dia cuba mencari sesuatu yang tajam. Matanya semakin memberat tapi dikerahkan juga dirinya untuk berdiri. Tiba-tiba tangannya terpegang serpihan pecahan cermin dari tingkap. Tanpa ragu-ragu dia terus menikam kakinya hingga memercikkan darah hitam ke atas lantai bilik itu. Destiny Amanda tersenyum walaupun menahan kesakitan.

“Racun perlu dibuang segera.. Kitty, kau memang bukan kucing biasa.. Nyawamu terlalu ampuh..” Destiny Amanda menggeleng dalam senyuman melihat kucing putih itu masih selamba berkeliaran di sekeliling bilik. Sudah bertahun-tahun, kucing itu masih seperti dulu.. sama seperti ketika dia berumur lima tahun..Baru sekarang dia tersedar yang kucing itu bukan kucing sebarangan.
~~~~~~~~


“Arhh!” Lenst Joeshua pula yang terpelanting kali ini selepas Ray Mikail jatuh terduduk menahan kesakitan. Pedang Destinyx masih tidak berganjak dari tempatnya. Masih belum ada sesiapa yang berkesempatan mengambilnya. Aline Eddina juga sudah tidak dapat bertahan. Sama seperti Kay Mellisa. Cuma Destiny Aninda saja yang masih bertahan melawan Lye yang semakin menggila. Sama seperti Destiny Aninda, Dia juga tidak berkesempatan mendekati pedang itu.

“ kenapa Aninda? Masih menunggu wanita misteri untuk dapat menyelamatkan kamu semua?”

Sinis Lye menegur bila kelihatan Destiny Aninda sudah kehilangan fokus terhadap perlawanan mereka.

“Hum!”

Destiny Aninda cuba untuk menyerang Lye. Sekali lagi Lye mengelak dan tertawa.

“Kau terlalu angkuh Lye.. Adakah kau sangka yang kau akan dapat terus mengelak dari serangan aku?!”

Destiny Aninda menarik nafas panjang. Cuba mengusir kemarahan yang datang menyinggah. Kemarahan ialah api yang boleh membakar kewarasan akal.
“Aku tidak pernah mengetawakan kehandalan mu Aninda.. Aku mengetawakan kebodohanmu.. Gadis misteri itu adalah seseorang yang terlalu dekat dengan mu.. Tapi sekali lagi kau gagal untuk mengetahui kebenarannya.. sama seperti kau gagal dengan tipu daya aku semasa pertempuran kita dahulu..”

Destiny Aninda cuba lagi menyerang.. Sekali lagi serangannya dengan senang dapat dielak oleh Lye.

“Disebabkan itu, Destiny Aliya ibumu mati menyembah bumi..”

Lye ketawa kuat. Seperti bangga dengan perbuatannya. Ray Mikail yang sedang menahan kesakitan hanya mampu menonton perlawanan itu dari jauh. Destiny Aninda sudah kehilangan rentak bila kemarahannya beberapa tahun dulu kembali menyerang sanubarinya.

“Dan sekarang.. Destiny Amanda pula sedang bertarung dengan maut..”

Destiny Aninda terkejut dan merenung tajam wajah bongkak Lye.

“Apa yang sudah kau lakukan?!!!!”

Sambil cuba menikam Lye dengan pedangnya untuk kali ketika. Kali ini Lye tidak mengelak. Lye melibas pedang Destiny Aninda dengan pedang hitamnya sehingga Destiny Aninda jatuh terduduk di depan Lye. Nafas sudah tidak teratur. Destiny Aninda tahu, nyawanya dihujung tanduk kerana kemarahannya. Lye tersenyum sinis sambil mata pedangnya di halakan ke leher Destiny Aninda.

“Berjumpalah keluargamu di syurga wahai Destiny Aninda…”
Destiny Aninda menutup mata.. Dia tahu ajalnya hampir tiba.. Namun, belum sempat Lye melibas pedangnya di leher Destiny Aninda.. pedangnya dengan tangkas dilibas sehingga terpelanting jauh darinya. Lye merenung siapakah gerangan yang mengganggunya.

“Pedang dilibas tiada kesakitan,
Kerana pahlawan menggunakan tangkal,
Bukan kekuatan serta kekuasaan,
Membunuh The clone menggunakan akal.”

Pedang Destinyx sudah didalam genggamannya.

“Nyawamu terlalu ampuh wahai puteri kecil..”

“Alhamdullilah kerana Allah ingin melanjutkan nyawa aku…”

Destiny Amanda tersenyum melihat pedang dalam genggamannya sambil menghantar pandangan amaran buat Lye yang sudah lama menyakiti keluarganya.

“Untuk membunuh pengkhianat seperti kau..”

Sambungnya sambil berjalan mendekati Lye. Lye masih tidak berganjak.

“Kau terlalu yakin pedang itu boleh membunuh aku Destiny Amanda…”

Lye tersenyum sinis. Tapi senyumannya terhenti bila melihat Destiny Amanda ikut tersenyum sinis..

“Tidak… aku tidak akan membunuh orang yang sudah mati wahai Lye.. tapi aku akan membunuh….Dia!”

Destiny Amanda menghalakan pedang ke arah Ray Mikail.. semua di sana terkejut.. termasuk Lye..

“Lynn… kau juga pengkhianat.”

Ketujuh protégé menarik nafas lega..

“Kau lawan ku..”

“Kau mesti berlawan dengan aku dulu..”

Balas Lye..

“Kenapa mesti aku berlawan dengan patung…”
Destiny Amanda tersenyum sinis merenung Lye..

“Kau sudah terpenjara didalam bayangan aku Lye.. Kau yakin kau dapat bergerak lagi?”

Lye terkejut bila dia tidak dapat menggerakkan anggota badannya

“ Kurang ajar!!!!”

Marah Lye..

“Kemarahan ialah Api Lye… kau yang pernah mengingatkan aku..”

“Kau tak guna Destiny Amanda!”

Marah Lynn pula yang tempak berani mendekati Destiny Amanda.

“Aku memang tak guna… Kerana itulah akan mahu menjadikan diri aku ni berguna… untuk membunuh kau”

Tanpa berlegar, perlawanan mereka bermula tanpa ada gangguan dari sesiapa.. Destiny Amanda lebih banyak mengelak dari menyerang. Dia tahu yang Lynn sudah kehilangan kewarasan akalnya. Dia hanya menunggu peluang untuk mengakhiri nyawa bekas protégé ibunya itu.. sekali gus nyawa Lye yang masih menumpang kekuatan Lynn untuk bernafas.

Destiny Amanda mengalihkan tumpuannya ke arah Lenst Joeshua yang cuba berdiri kembali..

“Lenst! Grab this sword!”

Lenst Joeshua yang masih bingung dengan tindakan Destiny Amanda cuba mengambil pedang destiny yang melayang di udara. Pedang maya menggantikan pedang Destinyx dalam pegangannya sebentar tadi.

“Lenst! Amanda! Tikam dada Lye dan Lynn secara serentak!”

Destiny Aninda cuba menahan kesakitan. Percubaan kali pertama tidak Berjaya. Tindakan mereka tidak serentak..

“Bayangan Maya!”

“Jangan!”

Destiny Aninda cuba menghalang Destiny Amanda. Mengawal pergerakan orang menggunakan bayang terlalu sukar.. Apa lagi menggunakannya terhadap tiga orang sekali gus. Lye dan Lynn sudah terikat di dalam bayangan Destiny Amanda dan tidak mungkin dapat melakukan apa-apa. Tapi Destiny Amanda tahu yang dia tidak boleh bertahan lama..Cuma satu cara saja memastikan tikamannya serentak dengan Lenst joeshua.. iaitu mengikat bayang-bayang Joeshua menjadi satu dengannya. Walaupun nyawanya akan melayang!

Lenst Joeshua tidak dapat menggerakkan tubuhnya.. Bayangannya menjadi satu dengan bayangan Destiny Amanda.. Pergerakannya juga dikawal oleh destiny Amanda..

“Arrrggggg!”

Jeritan terakhir dari Lynn sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Lynn mati meninggalkan jasadnya.. Lye pula bertukar menjadi abu hitam yang menyelubungi awan ketika itu..

Destiny Amanda menahan dirinya dari terbaring di atas tanah dengan menggunakan pedangnya.. Topeng yang selama ini menutup mukanya terbelah dua..

“Amanda!”

Jerit Destiny Aninda..

“Syakylla?...”

Destiny Amanda tersenyum tawar sebelum jatuh pengsan.. dia yakin yang dia terjatuh di atas tanah yang keras.. Tapi kenapa tidak terasa sakit bila terjatuh.. seperti berada dalam pelukan seseorang……..

4 comments:

Anonymous said...

siapa lynn ?
knp ray ?
ni ending ke?

Tyrah said...

thir ase nie bkn endingnyer lgi kn... mseh ade rhsia nie.. mesti kir nadzi yg smbut amanda kan... kan.. kan.. hahaha.... kak megalisa smbung agy ea... bestt lorhh...

Megalisa said...

anonymous: ada apa dengan ray??

Lynn kan bekas protege destiny aliya.. dia boleh meniru wajah org... dan dia juga yg membangkitkan Lye kembali...

Thir: nak Special Episode ke?? hhehehe

rosse - violet said...

bg sy lerr...cerita nie tergantung sikit.....ada episode lain nie...ending dier ker.....dh abis lg nie...

DestiNY FrienD!!