CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Friday, May 6, 2011

EpiLog

Ya.... I know.. lambat sangat-sangatlah epilog crita ni... Bukan lambat sehari dua.. setahun! hehehe... But.. enjoy ok.. terus sokong karya saya yng tak seberapa ni.. (imaginasi je lebih.. jalan crita tunggang langgang cket..)


Epilog

Sinaran matahari seakan berkejar-kejaran untuk masuk ke ruangan bilik itu selepas saja dia menyelak langsir yang berwarna putih itu. Dia sedar, semua penghuni di istana Destiny ini nampaknya sudah tahu siapa dia. Tapi mungkin masih banyak pertanyaan yang belum terjawab. Kedengaran bunyi pintu terselak sedikit. Destiny Amanda tersenyum manis. Dia masih memandang ke arah jendela yang mempamerkan pemandangan taman Destiny.

“Satu perlawanan yang hebat semalam ya..”

Destiny Amanda merenung ke arah tetamunya.

“Miaw….”

Destiny Amanda tersenyum lagi. Kitty memanjat katilnya dan berbaring di atas katil itu sambil merenung tajam ke arah tuannya. Destiny Amanda sempat membelai bulu kitty yang lebat itu sebelum mengambil tualanya kemudian masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

“Mereka semua mesti sedang menanti ya Kitty.. Saya mahu berehat malam tadi.. Memikirkan soalan kepada jawapan-jawapan mereka.. Sebab itu saya mengunci bilik ini.”

Kitty mengibas-ngibas ekornya. Seperti faham saja apa yang tuannya cakap. Cuma Kitty yang bole masuk ke dalam bilik itu dengan kebenarannya. Semalam dia belum bersedia untuk dia menjawab soalan-soalan dari penghuni. Dentuman kuat di pintu biliknya membuatkan Destiny Amanda tersenyum.

“Wei… Pedang akulah..”

Haru-biru hati lenst Joeshua bila melihat pedangnya diperlakukan seperti itu oleh Kir Nadzi. Kir Nadzi langsung tidak ambil perhatian dengan kata-kata temannya. Dia sungguh risau. Semalam, dia menerima kejutan yang sungguh hebat! Destiny Amanda ialah Syakylla. Dan Syakylla ialah Destiny Amanda!

Lenst Joeshua tidak dapat menggerakkan tubuhnya.. Bayangannya menjadi satu dengan bayangan Destiny Amanda.. Pergerakannya juga dikawal oleh destiny Amanda..

“Arrrggggg!”

Jeritan terakhir dari Lynn sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Lynn mati meninggalkan jasadnya.. Lye pula bertukar menjadi abu hitam yang menyelubungi awan ketika itu..

Destiny Amanda menahan dirinya dari terbaring di atas tanah dengan menggunakan pedangnya.. Topeng yang selama ini menutup mukanya terbelah dua..

“Amanda!”

Jerit Destiny Aninda..

“Syakylla?...”

Kir Nadzi cuba menangkap tubuh Syakylla yang hampir jatuh ke tanah. Apabila Syakylla didalam dakapannya, dibelek-belek muka itu. Muka Syakylla. Dia cuba menyelak sedikit baju Syakylla dibahagian bahu, Kir Nadzi mengeluh. Tatu yang pernah dia lihat masih ada dibahu itu...

“Kir, baringkan Ama.. Kylla kat sini..”

Destiny Aninda sendiri juga keliru. Syakylla atau Amanda.. Atau orang yang sama. Selepas Kir Nadzi membaringkan Syakylla di atas katil, Destiny Aninda membelai perlahan kepala adiknya. Sungguh dia rindu dengan waris tunggalnya itu. Cuma adiknya seorang saja yang dia ada.

“Aninda.. biarlah Kylla berehat dulu.. dia kehilangan banyak tenaga.”

Pujuk Ray Mikhail. Destiny Aninda akur dengan pujukan demi pujukan dari Ray Mikhail. Selepas saja pintu bilik Destiny Amanda tertutup. Kitty mengiaw.

Dan pintu bilik Destiny Amanda tidak boleh dibuka lagi selepas itu. Walau dengan cara apa pun.

“Ray… tolonglah.. macam mana nak bukan pintu ni.. ada apa-apa jadi dengan Amanda ke?”

Destiny Aninda pula menambah kepanikkan. Destiny Amanda tersenyum lebar bila mendengar begitu banyak bunyi bising di luar biliknya. Selepas saja menyegarkan diri. Destiny Amanda mendukung penuh kasih kucingnya itu.

Sekali lagi pedang Destinyx berlaga dengan pintu bilik Destiny Amanda. Hampir saja terkena pemilik pintu bilik itu. Gerakan Kir Nadzi cepat terhenti apabila melihat wajah Syakylla yang sedang tersenyum di depannya.

“Stop it.. I’am the clone after all.. No use if you want to kill me..”

Destiny Amanda sempat lagi melawak sambil berbisik di telinga kekasihnya yang masih kebingungan memandangnya.

~~~~~~~~~~~~

“So you Syakylla and Destiny Amanda?”

Tanya Kay Mellisa untuk kesekian kalinya. Destiny Aninda tersenyum mendengar soalan itu. Dia tidak begitu terkejut. The Clone.. boleh menjadi sesiapa saja. Destiny Amanda memandang Kir Nadzi yang masih tekun mendengar penjelasannya dan kemudian dia melihat reaksi teman-temannya. Protégé yang lain.
“Nope. Syakylla is exist as my second identity.”

Kir Nadzi mula memandangnya.

“ I create Syakylla untuk menyembunyikan my identity.”

“Liar.”

Semua memandang ke arah Destiny Aninda.

“You create Syakylla sebab itu memang personaliti Nanda.. dan semestinya sebab mahu memikat hati si jejaka idaman bukankah begitu sebenarnya adindaku?.”

Kir Nadzi memandang Destiny Amanda kembali. Merenung nakal. Seperti mahu jawapan dari pihak kekasih hatinya pula.

“Well.. Oh, thanks sebab sempat sambut Kylla dari berthermal contact dengan tanah semalam.. and.. Woah! Look at the time.. Kylla lupa bagi makan kitty.”
Syakylla sudah kembali. Bisik hati Kir Nadzi. Kir Nadzi menarik tangan Syakylla yang cuba melarikan diri dari persoalan.

“Aline dah bagi Kitty makan.”

Jawab Aline Eddina pula.

“Okay… I admit.. Semua yang kak ninda cakap betul.. I love you.”.

Kir Nadzi tersenyum.

“And saya Anda juga.. you remember Luke?”

“Hah?! So it was u..”

“Kir, you have more careful with this girl.. Dia boleh jadi sesiapa saja yang dia mahu dengan meniru.. Kang dia tiru gaya mak nenek pula membebel macam mana.. Habislah telinga kau tu..”

Gurau Kyriell pula.

“Auch!”

Jerit Kyriell apabila tiba-tiba saya air menyimbahnya. Aik? Dalam castel pun boleh kena hujan ke? Yang peliknya kawan-kawan yang lain tidak pula basah.
“Aline….”

Panggil Kyriell sambil mengetap bibir geram.

“What?”

Aline Eddina buat muka suci.

“The Clone!”

Destiny Amanda sudah tertawa berdekah-dekah bersama protégé yang lain apabila melihat wajah Kyriell seperti ayam berak kapur!.

0 comments:

DestiNY FrienD!!