CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Monday, May 30, 2011

Fransista Alophia 1

Zaman ini, manusia disajikan dengan cerita-cerita super hero, Vampire, Harry Potter dan banyak lagi yang membuat aku sendiri terkhayal. Kalaulah aku boleh jadi seperti itu.. bagusnya. Aku mahu menjadi halimunan, supaya aku boleh skodeng Alte tanpa dia sedar. Aku mahu juga kuasa super speed, supaya senang aku nak kejar Alte juga.. Kadang-kadang aku nak juga kuasa magic macam Harry Potter tu.. Nampak macam bergaya je Hermione Granger atau Bonnie Bannet dalam vampire diaries. Mesti Alte akan terpikat. Kadang-kadang tu, aku nak jadi macam Elena di vampire Diaries tu.. ada doppelganger gitu.. memang bestlah kalau bayangkan. Tapi bila terbangun dari tidur, barulah tersedar yang aku cuma mimpi… yelah.. tukan cuma imaginasi.. Fieya terkebil-kebil di depan jendela bila melihat kilauan seperti kilat sambar menyambar di hadapannya.. See.. aku mula berimaginasi lagi. Ok! aku tak mahu lagi percaya benda-benda karut marut ni.. titik.!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Alte!...”


Fieya tersenyum lebar bila berdiri di sebelah pujaan hatinya. Alte mengeluh perlahan. Minah ni lagi. Tanpa kata dia terus berjalan ke kelab penyiasat . Fieya terus mengikut sehinggalah ke pintu kelab penyiasat langkahnya terhenti apabila Alte memberhentikan langkahnya kemudian merenung tajam ke arah Fieya.

“Kelab ni tak terbuka untuk orang ramai.”

Bum! Pintu di tutup sebelum sempat Fieya mengikuti langkah Alte. Fieya mencebik. Pipi dikembungkan tanpa sedar. Bila dia berasa sebal semestinya dia akan melakukannya secara spontan. Fieya mengetuk-ngetuk pintu kelab penyiasat. Manalah tahu kot-kot dorang nak buka. Tapi ketukannya tidak dilayan. Sedih!. Fieya menghentak kaki kemudian berjalan ke dewan fakulti.
~~~~~~~~~~~~~~~~
“Apasal tak buka pintu? Aku dengar ada orang ketuk pintu tadi.”
Tegur Aniq yang baru keluar dari biliknya. Alte buat muka macam takde perasaan. Aniq menjungkit kening.

“Fieya lagi ya..”

Teka Aniq. Alte membelek-belek fail kes di atas meja.

“Habis tu?”

Pertanyaan Aniq dijawab dengan soalan juga. Aniq menjungkit bahu. Dia menggosok tengkuknya secara tiba-tiba. Terasa ada sesuatu yang membuat tengkuknya meremang.

“Mana yang lain?”

Tanya Alte.

“Tarvent.”

Jawab Aniq pendek.

“Kes hari tu ke?”

Aniq menggeleng.

“Kes baru, apa maksud bila jam berdetik, angin bertiup bagai mengila, taufan datang tanpa bicara, dan di sana dia tersenyum meratah daging yang menjadi korban.”
Alte mengerut dahi.

“Kes di Tarvent. Pembunuh tu meninggalkan nota.”

“Perayaan ghosthaul. Satu perayaan yang disebut dalam buku gemuk ni. Ghosthaul mengorbankan anak dara sunti dan satu makhluk akan datang meratah daging gadis itu. Oo.. by the way.. Tarvent tu kat mana? Dekat Mid Valley ke? Macam pernah dengar tempat tu.. atau di Isetan..”

Aniq dan Alte masing-masing terdiam mendengar sampukan dari Fieya. Macam mana budak ni boleh masuk pulak?. Bisik hati Alte.

“Macam mana kau boleh masuk sini?”

Tanya Alte.

“Macam mana kau boleh dapat buku tu?”

Tanya Aniq pula. Fieya tersenyum manis kemudian duduk di sebelah pujaan hatinya dengan senyuman lebar.

“Dari tingkap tandas. And saya selalu lepak sini bila bosan menunggu Alte datang, jadi saya bacalah buku-buku yang ada di sini. Dan komen dari saya, buku-buku di sini semua pelik. Siap ada mengenai dimensi-dimensi lagi.. Tak faham.”

Kata Fieya sambil membuat muka pelik. Aniq dan Alte sama-sama tergamam. Dia baca semua buku di sini dan dia masih tidak dapat apa-apa clue. Memang bodoh tahap gaban perempuan ni. Komen Alte

“Back to our case.. Mungkin pembunuhan akan berlaku lagi pada perayaan tu.”
Kata Aniq. Fieya mengeleng sambil membuat bunyi menyatakan ketidaksetujuannya terhadap pendapat Aniq itu.

“Perayaan GhostHaul dah mencapai 5 dekad menjadi sejarah tau. Tak siapa zaman sekarang yang tahu bila dan dimana perayaan tu akan di sambut kecuali the Original. Di dalam Vampire Diaries, The Original tu bermaksud orang yang terdahulu. Original, tiada perisa tambahan apa semua. Yang juga dipanggil…”

“The OldGen”

Sambung Aniq dan Alte.

“Hah! Old Generation.. Saya terlupa.. by the way, old generation tu siapa? Yang berperang tu ek? Nenek-nenek kita ek? Tapi nenek Fieya pun berumur 50 tahun.. manalah dia tahu tentang perayaan tu. Yang tertua di Malaysia ni pun hanyalah mencapai 100 lebih tahun..”

Aniq dan Alte malas mahu menjelaskan. Fieya betul-betul cluelessnya kau ni.. bisik hati Alte. Pintu bilik Aniq dibuka dari dalam. Muncul Haze, Kayle, Jawk, Lhara. Fieya yang sedang mencuba menyuap Alte dengan makanan yang dimasak khas untuk si pujaan hati menggigit garfu di tangannya dan memandang teman-teman Aniq dan Alte yang muka bingung. Haze dan yang lain-lain yang baru sampai terkejut dengan kehadiran Fieya.. Habislah..

Seminit..
Dua Saat…
Tiga Saat..

“Laa.. kat bilik tu pun ada pintu masuk ke.. Kalau tau tadi tak payahlah saya susah-susah panjat tingkap.”

Kata Fieya dengan muka innocentnya. Yang lain sudah menepuk dahi. Ingatkan apalah tadi yang budak Fieya ni fikir. Haze dan Aniq berpandangan. Seperti berbual dalam bisu.

‘asal dia boleh masuk kat sini?’

‘Aku pun tak tahu.. dia ikut Alte tadi..’

‘Lagi lama dia disini, lagi banyak yang membuatkan dia syak apa-apa’

‘Jangan risau.. Dia ni super duper clueless.’

Kayle yang baru jalan kea rah bilik air ditegur Fieya.


“Kayle.. you datang bulan ke? Dah bocorlah.. kotor baju you tu kat belakang.”

Kayle melihat skirtnya di bahagian belakang. Ah, banyaknya darah.

“Oh.. Tadi ada kitaorang siasat satu pembunuhan. Mungkin terkena darah mayat tu tadi.”

Jawab Kayle selamba. Kemudian barulah dia melihat bahassa isyarat dari Jawk agar tidak terlalu berterus terang. Opss.. Dah tercakap. Fieya sudah mula membuat muka buruknya.. Tidak sampai seminit dia sudah mula teresak-esak.

“Alte… mayat…”

Dia sudah mula bergayut di leher Alte dan duduk di pangkuan lelaki itu. Alte mengeluh perlahan. Tak pasal-pasal dia yang menjadi tempat bergayut. Tu baru dengar.. belum lagi jumpa.. Inilah orang yang kata diri dia berani nak masuk kelab penyiasat.Penakut. Kemudian Fieya kemudian mengangkat muka secara tiba-tiba.

“Kenapa darah tu dah jadi warna purple?!”

Tanya Fieya secara mengejut. Mereka semua tergamam. Alte cepat-cepat mengangkat Fieya ke ruang tamu bilik kelab itu.

“You terlalu berimaginasilah.”

Jawab Alte. Yang lain menyembunyikan wajah risau dengan pertanyaan Fieya itu.

“Tapi Alte…………..”

“Cuba diam seminit je. Boleh tak?”

Sejak kenal dengan Fieya(secara terpaksa).. Dia tak pernah melihat mulut gadis itu bertutup.. Bercakap je kerjanya. Macam tak bercakap selama beratus-ratus tahun sampai tak boleh diam sekejap.

0 comments:

DestiNY FrienD!!