CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Thursday, June 2, 2011

Fransista Alophia, 2

Bab 2
“Sah pembunuhan bersiri. Kertas nota yang sama. Kertas ni diperbuat dari pokok papyrus dan mungkin sudah lama dihasilkan. Mungkin 5 dekad.”
Kata Lhara yang sedang menganalisis kertas yang ditinggalkan berdekatan dengan mayat itu. Aniq mengangguk. Kemudian dia teringat sesuatu.
“Sama macam GhostHaul.”
Alte lebih cepat mengingat. Jawk meminta nota itu. Tulisan ogeck. Bahasah OldGen lama. Tulisannya banyak stroke dan cabangnya.
“Korban terakhir, sudah terbangun dari tidur. Sebelum tali terikat, sebelum jasad bersatu, dia mesti menjadi korban.”
Jawk mengerut dahi. Tidak faham dengan maksud yang ingin disampaikan oleh penulis nota itu. Atau lebih tepat, pembunuh itu.
“Kali terakhir perayaan GhostHaul, penduduk daerah tu tidak dapat melaksanakan korban terakhir. Kerana Korban terakhir mestilah seorang gadis yang berdarah Hybrid yang hidup melebih 5 dekad. Acara pengorbanan itu tidak dapat dilaksanakan kerana gadis itu telah hilang kelayakan untuk menjadi korban. Jadi Makhluk itu tidak dapat dibangkitkan secara sepenuhnya.”
Fieya yang sedang duduk di atas Harimau putih yang bersayap itu menjadi tumpuan semua. Terkebil-kebil melihat Fieya sebegitu. Bermanja-manja dengan Harimau putih itu.
“Itu yang saya baca dalam bukulah.. Lepas tu penulis tak kata apa-apa pasal macam mana mahu bangkitkan makhluk yang dasyat tu.. By the way.. Siapa yang lekat wing palsu kat harimau ni.. macam betullah.. Harimau ni pun jinak.”
Kata Fieya dengan ceria. Macam budak-budak kereta binatang mainan yang selalu ada di Mall. Kayle meraup wajah.
“Macam mana dia boleh tembus ke sini..”
Kata Kayle perlahan dan hanya boleh di dengari oleh teman-teman sekumpulannya sahaja. Fieya masih asyik bermain-main bersama ‘Harimau Jinaknya’ dan sesekali dia tertawa bila harimau itu membawanya berpusing-pusing mengelilingi kumpulan penyiasat itu.
“Alte…. Dia main dengan Crosfire tu.. di mana dia kidnap binatang paling ganas dekat Alophia ni..Kena makanlah budak ni karang.. dahlah dia tu ada bau manusia.. Semua orang sedang pandang dia macam dinner tau.”
Lhara turut berkata seperti berbisik. Haze mengeluarkan isi begnya. Harap dia ada bawa benda tu.
“Kau cari apa Haze?”
Tanya Aniq. Haze mengeluarkan satu bekas kaca kecil.
“Portion yang boleh hilangkan bau manusia dia tu.”
Haze menyerahkan portion itu kepada Alte. Alte mengerut dahi.
“Apasal aku pulak?”
“Sebab dia ikut kaulah , dia sampai di sini Alte..”
Jawab Lhara. Alte mengeluh. Berpeluh juga mendekati Fieya yang sedang bermain dengan dengan Crosfire. Crosfire merenungnya tajam. Alte menghentikan langkah.
“Fieya,,,”
Panggil Alte. Fieya terasa macam mimpi Alte memanggilnya. Bestnya! Dia sempat membisik sesuatu ke telingan Crosfire yang menyatakan dia gembira mendengar suara Alte. Macam binatang tu faham. Kemudian dia memeluk kepala Crosfire. Macam kucing dibuatnya. Alte membuat muka bimbang. Kena makan kepala kau nanti Fieya….Bisik hati Alte bimbang. Orang-orang di sekeliling membuat riak takut. Ada yang sudah lari tak cukup tanah. Yelah.. Crosfire selalu ada di hutan larangan Alophia sahaja, tapi hari ini binatang tu mencemar duli masuk ke Bandar. Mana tak mencicit orang lari.
“Fieya”
Kali ini lagi tegas. Fieya tersenyum sambil berlari mendekati Alte. Terus tangannya berlingkar di leher Alte kemudian dia bergayung minta di dukung oleh lelaki itu. Mahu tercekik juga Alte dibuatnya. Tanpa kata, Alte menuang Portion berwarna merah jambu ke badan Fieya, Bila dituang, portion itu langsung tidak membasahi tubuh Fieya sebaliknya menjadi asap dan kemudiannya menghilang.
“Alte! Busuk.. Eh, wangilah.. apa ni? Kat mana awak beli minyak wangi ni?”
Tanya Fieya dengan teruja. Alte buat muka bosan. Fieya ni langsung tidak perasaan kea pa yang sedang terjadi? Buat-buat bodoh kea tau betul-betul bodoh budak ni?. Bisik hati Alte. Fieya terus diturunkan dari dukungannya. Belum sempat Alte berkata apa-apa, Fieya sudah berlari semula bermain dengan Crosfire. Alte menggeleng kepala. Entah kenapa dia merasa yakin yang Crosfire takkan apa-apakan Fieya. Kemudian dia menyuruh teman-temannya cepat-cepat menyiapkan tugasan dan mengumpulkan bukti. Supaya mereka cepat membawa Fieya keluar dari Alophia.

0 comments:

DestiNY FrienD!!