CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Monday, June 6, 2011

Fransista Alophia, 3

Bab 3
“Macam mana awak boleh jumpa kami di sana?”
Tegas Alte menyoal wanita yang duduk di depannya itu. Fieya yang tadinya takut-takut merenung wajah Alte yang garang itu kemudian tersengih-sengih gatal. Alte Nampak comel pulak bila tegas macam tu. Muka Alte yang tadinya jarak 20 inci darinya kini hanya tinggal beberapa inci saja. Alte menjarakkan dirinya bila Fieya mula mendekatkan wajahnya. Gadis itu masih tersenyum.
“Awak makin hensemlah bila ada janggut ciput ni.. baru saya perasan.”
Haze menggeleng kepala. Memang tak makan saman budak ni. Aku pun takut tengok muka garang Alte. Dia boleh je tersengih-sengih macam tu. Alte mengeluh perlahan.
“Saya tanya.. macam mana awak boleh ada kat sana?”
Fieya tersenyum sambil menunjuk ke arah bilik Aniq.
“Saya skodeng dari jendela, dan saya nampak awak semua masuk kat bilik tu.. Jadi saya pun ikutlah.. Then, bila saya masuk awak semua takde kat sana, tapi ada satu pintu masuk yang terbuka, Jadi saya masuk jelah.”
Ceritanya sambil menguyah coklat yang di ambil dari dapur kelab penyiasat itu. Sempat lagi mencuri makanan orang.
“Then, saya nampak harimau tu tersepit…”
Fieya berjalan seorang di dalam hutam itu. Dia mengaru kepala. Bingung dengan apa yang sedang terjadi. Kemudian dia mengeluh. Pintu yang dia lalu tadi sudah tidak ada. Ini mesti Aniq yang buat pintu tu. Yelah, Aniq kan pintar sains. Mesti Aniq nak reka pintu macam kereta di cerita ‘back to the future’ tu. Yelah tu kot. Komen Fieya sambil berjalan tanpa arah tuju. Kemudian dia melihat seekor binatang yang menyerupai harimau tersepit kakinya.
“Laa… kesiannya kat awak.. macam mana boleh tersepit ni.. awak tak tengok jalan ke? Tengok! Kan dah sakit macam ni.”
Bebel Fieya. Renungan garang dari Harimau tu tidak dikisahkannya dan tidak sesekali menakutkannya.
“Cuba duduk diam-diam. Macam mana nak tolong awak kalau awak tak duduk diam-diam.”
Harimau itu seperti faham dengan arahan Fieya.Terus saja binatang itu berdiam diri dengan merebahkan kepalanya di atas tanah berlapiskan tangannya yang berkuku tajam itu.
“Siapalah jahat sangat lekat sayap mainan kat tubuh awak ni.. macam dah tak boleh buka je ni.”
Bebelnya lagi sambil dia melepaskan kaki harimau itu daripada tersepit. Setelah lama mencuba akhirnya dia berjaya juga melepaskan harimau itu daripada tersepit. Fieya tersenyum. Harimau itu sudah berdiri tegak di depannya kemudian menunduk semula.
“Yelah…saya tahu awak nak cakap terima kasih.. dah.. pergi-pergi… tak payah nak terhutang budi sampai macam tu sekali.. saya tahulah saya memang gadis yang sungguh baik, menarik, tertarik..”
Mungkin harimau itu memandang Fieya dengan rasa menyampah sikit pada ketika ini. Fieya tiba-tiba tersentak.
‘Terima kasih.. naik di belakang saya dan saya akan hantar kamu ke Bandar.’
“Siapa tu? Hello!!!! Siapa yang bercakap tu.. hisy! Nak sembunyi-sembunyi pulak…”
Fieya memandang ke kiri ke kanan. Harimau di depannya tidak diendahkan. Masih mencari gerangan siapakah yang bersuara itu. Harimau itu menunduk lagi rendah. Kemudian menggesel kepalanya ke pada Fieya. Seakan mengesa Fieya untuk naik ke badannya.
“Awak nak saya naik atas awak ke? Saya ni berat tau..”
Tapi dia naik juga.
“Awak,, siapa yang bersuara tadi.. seram juga hutan ni ya? Entah-entah Aniq dah set pintu tadi untu pergi ke zaman dulu-dulu.. yelah.. hutan je.. Mesti zaman P.Ramlee kan..”
Bebel Fieya sehinggalah sampai ke Bandar dimana dia berjumpa dengan Alte dan kawan-kawannya.
“hah.. begitulah ceritanya.”
Kata Fieya selepas menamatkan ceritanya. Jawk menggeleng kepala.
“Kesian dengan Crosfire..”
Kata Lhara. Mesti Crosfire bengang mendengar celoteh Fieya.
“Kesian dengan telinga aku.”
Kata Haze pula. Kayle mengurut dahi. Ada juga orang macam Fieya ni.. mulut macam bertih jagung. Pot pet pot pet.. pantang diberi peluang bercakap. Fieya sudah meloncat ke atas pangkuan Alte. Alte mendengus kasar.
“Kita makan malam kat rumah saya malam ni…”
Alte membetulkan cermin matanya. Temannya yang lain tidak mahu mengambil pusing. Sudah faham dengan sikap Fieya yang cukup manja dengan Alte walaupun beratus kali di reject!
“Berapa kali saya nak cakap yang bilik ni hanya untuk ahli kelab saja. Sila keluar sekarang.”
Kata Alte mendatar. Fieya masih bergayut di di lehernya dan masih bersenang lenang di atas pangkuan Alte.
“Okay.”
Jawab Fieya tapi masih belum berganjak.
“Saya kata sekarang.”
Tegas Alte lagi.
“Kejap lagi..”
Jawab Fieya selamba. Alte mendengus lagi. Budak ni memang tak makan saman!

0 comments:

DestiNY FrienD!!