CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome2

My new enovel untuk blog ni.. and once again.. di sinilah tempat kita berkhayal benda yang tak logik.. So, enjoy.. Komen ek.. hehehe.. Sebarang komen amatlah dihargai. Terima Kasih,, Jasamu Di Kenang. (^__^)

Friday, June 17, 2011

Fransista Alophia, 4

Bab 4

“Buku edisi khas tentang GhostHaul. Korban ke seratus.”
Kayle yang sedang menonton television mengalihkan tumpuannya ke arah Lhara yang sedang memegang buku berkulit tebal. Dia berjalan mendekati Lhara, begitu juga teman-temannya yang lain.
“Mana kau dapat?”
Tanya Aniq pula. Lhara mengeluh.
“Everyway in Alophia. Berita tentang GhostHaul betul2 membuat semua penduduk panic”
Alte membaca kandungan buku itu. Dia mencari sesuatu tajuk di dalam isi kandungan buku itu untuk memulakan pembacaan.
“Huh.. Sebab penyingkiran korban.”
“Kenapa?”
Tanya yang lain.
“Lady Fransista Alophia berpaling kepada dunia kejahatan iaitu Black Magic sebulan sebelum pengorbanan berlaku. Tunku Alophia sangat murka dengan kejadian itu dan membuang puterinya itu dari kerabat diraja dan juga dunia Alophia untuk selamanya. Sang Puteri dikatakan tidak setuju dan tidak percaya dengan kepercayaan ayahandanya terus hilang selamanya dan tiada satu orang pun tahu adakah Sang Puteri itu masih hidup atau sebaliknya”
“Tidak percaya?”
Ulang Kayle sampai mengerut dahi.
“Orang bodoh je yang sanggup mengorbankan anak sendiri untuk sesuatu yang tidak pasti. Rasanya, Almarhum Raja Alophia lebih teruk dari Sang Puteri. Menyebelahi Black Magic dianggap jahat, Sebaliknya.. dia yang melakukan pengorbanan darah dagingnya sendiri lebih jahat dari semua kejahatan.”
“Jadi dua pembunuhan yang kita hadapi tu?”
Jawk berfikir seketika. Haze mengeluh.
“Mungkin pembunuhan rambang. Disebabkan serangan panic terhadap penduduk.”
Kata Haze. Aniq mula mengerut dahi.
“Takkanlah pembunuhan rambang. Nota-nota tu?”
Takkan pembunuh sempat meletakkan nota tanpa mempunyai maksud tertentu. Bisik hati Aniq.
“Aku tak nampak apa-apa bila aku sentuh nota tu. Kosong.”
Kata Lhara pula. Dia sememangnya mempunyai kebolehan untuk melihat sejarah sesuatu barang yang disentuhnya.
“Dan pembunuhan tu.. Pelik. Aku tak dapat tengok muka pembunuh tu. Macam ada sesuatu hijab yang menyembunyikan muka pembunuh tu.”
Kayle pula mempunyai kebolehan untuk melihat masa lampau. Cuma kebolehannya agak terbatas.Dia tidak boleh melihat kejadian-kejadian di Alophia yang berlaku sebelum kelahirannya.
“Pembunuh tu nak kita cari korban ke seratus tu ke?”
Kata Alte.
“Maksud kau?”
Tanya Jawk.
“Korban tu.. Masih hidup. Lady Fransista, Sang Puteri?”
Sambung Aniq pula. Takkanlah.. kan dia dah hilang kelayakan. Bisik hati Aniq.
“Doppelganger. Bukan Lady Fransista. Tapi cucunya, Lady Fransiska. Pewaris tahta Alophia yang disembunyikan selepas terjadinya huru-hara di Alophia sewaktu ketika dulu. Dia memiliki wajah yang serupa dengan Sang Puteri.”
Semua mata memandang ke arah pintu. Fieya sedang tersenyum nakal. Alte mengeluh. Dapat juga dia pecah masuk bilik kelab ni. How that happen? Lain kali patut pasang jampi kat pintu ni. Bisik hati Alte.
“Kenapa korang suka sangat bercerita tentang dunia fantasi Alophia tu? Macam pelik je. Ahli Sains tapi bercerita tentang fantasi yang tak wujud. Dan.. Banyakkan baca buku kat rak sebelah kanan tu..”
Kayle dan Lhara berpandangan sesama sendiri.
“Guys.. Aku rasa idea aku ni agak bijak.”
Kata Kayle secara berbisik. Semua mendekatkan telinga untuk mendengar idea dari Kayle. Fieya hanya memandang sambil mengerut kening. Mahu ikut mendengar. Tapi renungan Alte yang memberi maksud jangan menakutkannya. Seram.
“absolutely no!”
Fieya tersentak sedikit mendengar bantahan dari Alte. Macam tengah bincang hal dunia je dorang ni. Bisik hati Fieya.
“Welcome to the club Fieya!!!!!!!”
Kayle dan Lhara meluru ke arah Fieya. Alte menepuk dahi. Sungguh tak best!

1 comments:

Unknown said...

boleh sambung citer tak? best la...

DestiNY FrienD!!